Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000 oleh PT Astra Honda Motor (AHM) yang merupakan pemegang jenama motosikal Honda di Indonesia. Serentak dengan perasmian pasukan Repsol Honda Team 2017.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Sejak CBR 250RR di lancarkan di Indonesia pada 2016 lalu, CBR 250RR telah menjadi penanda aras baru bagi model kategori kelas Sportbike. Merupakan model paling ringan dalam kelasnya dengan berat hanya 165 kg untuk versi standard (STD) dan 168 kg untuk versi ABS. Kuasa kuda dan rpm enjin juga lebih tinggi mengatasi Yamaha YZF-R25. Sehinggakan Yamaha dan Kawasaki tidak menunggu lama dengan mendedahkan rekaan terbaru YZF-R25 dan Ninja 250.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Sebelum ini PT Astra Honda Motor hanya mengeluarkan tiga varian warna CBR 250RR iaitu Anchor Graymetallic, Honda Racing Red dan Mat Gunpowder Black Metallic dan harga di pasaran Indonesia ialah Rp 72.000.000 bersamaan RM24,000 mengikut tukaran wang semasa sekarang. Dan edisi terhad Repsol Edition ini merupakan warna keempat bagi CBR 250RR tahun ini.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Honda CBR250RR di kuasakan enjin 250cc 4-lejang dua silinder sebaris DOHC 8-injap sejukan cecair generasi baru yang mampu menjana kuasa 28.5 kW (38.7PS) / 12.500 rpm dan kuasa tork maksimum sehingga 23.3 Nm (2.4 kgf.m) / 11.000 rpm.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Istimewa mengenai CBR 250RR Repsol Edition yang di datangkan terhad hanya 1000 unit di keluarkan, ianya di lengkapi dengan aksesori tulen dari Honda Genuine Accesories (HGA) terdiri dari single seat cowl, hugger buatan karbon dan hand guard.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Pasti ramai peminat di Malaysia tertanya adakah CBR250RR akan masuk pasaran Malaysia? Malah dari survey yang di lakukan memang ramai peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan CBR 250RR di pasaran tempatan sehinggakan ada sesetengah pihak berang dengan polisi kemasukkan motorsikal di Malaysia yang di katakan agak lewat membawa masuk model baru ke Malaysia.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Dari info Honda CBR 250RR akan di bawa masuk ke Malaysia, cuma tarikh dan pelancaran rasmi masih tidak dapat di pastikan lagi. Bagi kami mungkin inilah waktu tepat CBR 250RR patut berada di pasaran Malaysia ketika ini.

Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia oleh penyandang Juara MotoGP Dunia 2016 Marc Marquez dan rakan sepasukan Dani Pedrosa selepas tiga hari sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini dan di susuli ke Indonesia untuk sesi pelancaran Repsol Honda Team 2017 dan Honda  RC213V baru di Jakarta International Expo (JIExpo).

Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

Sesi pelancaran ini turut di sertai oleh Tetsuhiro Kuwata, HRC Director – General Manager Race Operations Management Division dan Ketua Pasukan Livio Suppo untuk pelancaran rasmi RC213V yang bersiap sedia untuk FIM MotoGP ™ World Championship 2017 ini.

Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

Marc Marquez: "Saya datang ke Indonesia banyak kali, dan saya tahu warga Indonesia suka MotoGP. Namun, mereka sentiasa mengalukan kedatangan saya lebih dari sebelum ini, luar biasa! Ia juga sangat menarik melawat kilang semalam kerana saya suka motorsikal dan saya suka bertemu dengan mereka yang kuat berkerja di sebalik penghasilan sebuah motorsikal. Mereka sangat menyokong dan bersemangat. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi mereka kemenangan. Kami telah memulakan ujian musim sejuk cukup baik, dan kini kita semua mesti terus bekerja dan mengambil lebih banyak langkah ke hadapan untuk bersedia untuk menang sekali lagi."


Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

Dani Pedrosa: "Hari ini palancaran rasmi pasukan 2017, yang sentiasa menjadi detik menarik, walaupun saya sudah melalui ia banyak kali. Saya rasa terbaik dan tidak sabar untuk bermula tahun baru. Saya juga gembira kami datang ke sini untuk pelancaran pasukan kami. Oktober lalu saya tidak dapat menghadiri majlis di sini akibat kecederaan, dan banyak peminat dari Indonesia menyokong saya. Semalam di kilang Astra Honda juga menakjubkan. Terdapat lebih daripada 2,000 orang bersorak pada kami! "


Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

Tetsuhiro Kuwata, HRC Director – General Manager Race Operations Management Division: "Kami ingin mengucapkan terima kasih Astra Honda untuk menjadi tuan rumah pelancaran pasukan kami di Jakarta sekali lagi, dan untuk membuat kita semua berasa sangat dialu-alukan seperti biasa. Selain melancarkan projek 2017 di negara yang begitu banyak ghairah dengan MotoGP, kami berpeluang melawat Astra Honda Motor Factory. 


Repsol Honda Team 2017 Di Lancarkan Di Indonesia

"Itu adalah satu pengalaman yang sangat baik, terutamanya untuk Marc dan Dani, yang mempunyai peluang untuk bertemu dengan ramai orang yang bekerja dalam sektor pengeluaran, dan untuk melihat bagaimana terkenal mereka di sini dan ramai penyokong mereka. Kami akan terus bekerja 100% untuk terus meningkatkan motor kami, untuk membolehkan Marc dan Dani untuk sekali lagi di depan dalam MotoGP World Championship akan datang. "

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94 oleh Boon Siew Honda Malaysia setelah kejayaan Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017 pada November 2016 lalu yang mendapat reaksi yang cukup positif di kalangan peminat permotoran di Malaysia.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Honda Wave Dash Fi Limited Edition 2017 yang di datangkan khas dalam skim warna matte black dengan jalur merah menarik. Edisi Wave Dash Fi yang terhad ini di padankan dengan rim aloi yang juga mempunyai kemasan jalur merah.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Di kuasakan enjin 109cc satu silinder empat lejang sejukan udara di padankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan dengan sistem klac jenis centrifugal, enjin Wave Dash Fi ini mampu mencapai kuasa maksimum 8.38hp pada 7,500 rpm dan kuasa tork maksimum 8.42Nm pada 6,000 rpm.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Di kelaskan sebagai energy efficient vehicle (EEV), penggunaan bahan api Wave Dash Fi ini adalah pada kadar 1.8 liter bagi setiap 100 km. Ianya cukup menjimatkan apatah lagi dengan keadaan harga petrol yang tidak menentu ketika ini, Wave Dash Fi Limited semestinya model yang sesuai buat mereka yang mahukan penjimatan untuk kegunaan seharian.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Dua varian model Wave Dash Fi Limited Edition boleh di dapati - brek cakera model Jenis S tunggal di RM5,775.94 dan Jenis dua cakera R dengan brek cakera depan dan belakang pada RM6,040.94, termasuk GST.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Model standard Honda Wave Dash Fi varian S di jual pada harga bermula RM5,669.94, manakala varian Type R pada harga RM5,934.94. Honda Wave Dash Fi Type R dengan skim warna khas Repsol berharga RM6,199.94 dan semua harga termasuk GST, tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Honda Wave Dash Fi Limited 2017 Di Lancarkan, Harga Dari RM5,775.94

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan seperti di nyatakan oleh sumber permotoran dari India iaitu Maxabout telah mendedahkan Benelli di katakan bakal melancarkan versi naik taraf untuk model TnT 15 yang akan mengunakan nama baru iaitu Benelli TNT 150. Dan info ini di perkuatkan dengan video teaser Benelli TnT 150 2017 yang telah mula di kongsi di halaman YouTube.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Mungkin ramai peminat permotoran di Malaysia masih tidak tahu mengenai model 150cc dari Benelli ini, ini kerana di Asean hanya negara Vietnam dan Indonesia antara negara yang menerima kemasukkan model ini, tidak pasti mengapa tiada kemasukkan di Malaysia, mungkin Benelli lebih nampak pasaran 600cc yang lebih baik di Malaysia ketika itu dengan model TnT600?

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Ataupun mungkin Benelli seperti tidak yakin rekabentuk dan spesifikasi TnT 15 akan dapat bersaing dengan model 150cc yang lebih hebat ketika itu seperti Yamaha FZ150i dan CB150R dan ketika ini Yamaha sedang hebat dengan M-Slaz, dan adakah Benelli sudah cukup bersedia dengan TnT 150 2017 ini?

Benelli TnT15 versi lama

Jika di lihat perbandingan gambar dari model sebelum ini dan juga versi terbaru naik taraf, anda peminat permotoran sudah pasti dapat mengagak Benelli sudah cukup bersedia dengan TnT 150 yang hadir dengan rekabentuk baru dan teknologi lebih agresif.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Perbezaan terbesar sudah tentu pengunaan casis jenis terellis mengantikan casis jenis berlian sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa TNT 150 di kelaskan sebagai naked steetfighter kelas 150cc dan seperti ingin mahu menyerang M-Slaz secara berdepan!

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Fork depan TnT 150 ini juga di lengkapi dari jenis USD mengantikan teleskopik sebelum ini, sistem brek belakang juga di ganti dengan jenis cakera. Perbezaan cukup besar, dan ini menunjukkan TnT 150 cukup agresif!

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Sedikit mengenai spesifikasi enjin, Benelli TnT 150 2017 di kuasakan enjin satu silinder 148cc dua injap sejukan udara, dengan transmisi 5 kelajuan. Di nyatakan berapa kuasa hp dan tork maksimum mampu di capai. Tunggu sahaja pelancaran rasmi tahun ini.

Benelli TnT 150 2017 Bakal Di Lancarkan

Bagi peminat di Malaysia, sudah pasti kita mengharap satu lagi kemasukkan model seperti ini yang di lihat mampu menambah pilihan di pasaran, mungkin Benelli mampu mengisi pilihan ini? Benelli TnT 150 sangat berpotensi di pasaran Asean terutama Malaysia.

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India secara rasmi setelah pengumuman secara rasmi mengenai kehadiran model streetbike 250 cc yang kini telah di naik taraf, dan ianya tepat Yamaha FZ25 2017 di lancarkan pada 24 Januari 2017 yang lalu. Hebat Yamaha selepas lancarkan YZF-R15 V3 di Indonesia, kini mereka terus kukuhkan segmen pasaran model baru Yamaha 2017 di Asia.

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Tidak sah memperkatakan mengenai kuasa enjin yang menjadi nadi dan pengukur kemampuan sesebuah motorsikal, Yamaha FZ25 2017 di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 250cc BLUE CORE SOHC dengan suntikan bahan api Fi. Mungkin ramai peminat Yamaha menyedari logo BLUE CORE yang di lihat pada mesin MotoGP Yamaha, untuk info model generasi terbaru Yamaha bermula 2016 akan mengunakan enjin elemen BLUE CORE yang mempunyai kecekapan penggunaan bahan api di samping lebih mesra alam tanpa mengurangkan prestasi semasa enjin. 

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Enjin baru BLUE CORE 250cc ini mampu menjana kuasa 20.9PS @ 8000rpm dengan kuasa tork maksimum 20.0Nm @ 6000rpm. Tetapi sayang ianya hanya transmisi 5-kelajuan (Constant mesh, 5-speed). Jika transmisi gear 6 kelajuan pasti prestasinya lebih baik pada gear pertengahan dan puncak. Mungkin ini satu satunya kekurangan pada FZ25 ini. Tetapi sistem ekzos tampil dengan rekabentuk baru lebih menarik.

Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 2017 ini di lengkapi dengan lampu depan dan belakang jenis LED, rekabentuk fairing, cowling sisi kiri kanan, tangki dan ekor sememangnya menampilkan DNA model FZ yang lebih besar, seperti model FZ8.  Suspensi depan belakang di tala semula untuk lebih selesa, gabungan sistem brek cakera depan belakang, rim aloi yang ringan menjadikan pengendalian FZ25 2017 lebih baik dari model sebelumnya.


Yamaha FZ25 2017 Di Lancarkan Di India

Yamaha FZ25 akan berada di pasaran India bermula pada bulan Februari 2017, di datangkan dalam tiga varian warna biru, putih dan hitam, harga jualan seunit di sama sekitar INR 119,500 bersamaan dengan RM7,785.43 berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa. Cukup murah bagi sebuah model berkualiti tinggi di sana. Tak hairan India menjadi sasaran pengeluar besar seperti Yamaha.

Spesifikasi Yamaha FZ25 2017

  • Engine type: Air cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve
  • Displacement: 249cm3
  • Bore & stroke: 74.0×58.0mm
  • Compression ratio: 9.8:1
  • Maximum horse power: 15.4kW(20.9PS)/8000r/min
  • Maximum torque: 20.0Nm(2.0kgfm)/6000r/min
  • Overall Length: 2015mm
  • Overall Width: 770mm
  • Overall Height: 1075mm
  • Seat Height: 795mm
  • Wheelbase: 1360mm
  • Minimum ground clearance: 160mm
  • Weight(with oil & a full fuel tank): 148kg
  • Minimum turning radius: 2.5m
  • Frame type: Diamond
  • Tubeless tire size (Front): 100/80-17M/C 52P Tubless
  • Tubeless tire size (Rear): 140/70-17M/C 66S Tubless
  • Brake Type(Front): Hydraulic single disc brake
  • Brake Type(Front): Hydraulic single disc brake
  • Diameter of brake disk (Front): 282mm
  • Diameter of brake disk (Rear): 220mm
  • Suspension type(Front): Telescopic fork
  • Suspension type(Rear): Swingram (Monocross)
  • Fuel Tank Capacity: 14L
  • Carburetor type/Fuel Supply: Fuel injection
  • Clutch type: Wet,multiple disc
  • Transmission type: Constant mesh,5-speed
  • Shift type: Return
  • Shock absorber assembly type (Front & Rear): Coil spring/Hydraulic Damper
  • Hydraulic bulb type: LED
  • Headlight: LED
  • Auxiliary light: 12V,5W x 1
  • Brake/Tail light: LED
  • Turn signal light (Front & Rear): 12V,10W x 2
  • Fuel gauge: Digital
  • Clock: Digital
  • Speedometer: Digital
  • Fuel consumption indicator: Equipped