Yamaha MT-07 2014 CKD Di Pasang Di Malaysia? Harga Asas RM34,800?

Setelah komuniti peminat motorsikal berkuasa tinggi di Malaysia di kejutkan dengan berita Hong leong Yamaha Malaysia akan membawa masuk model terbaru Yamaha MT-09 pada tahun ini. HLYM juga turut akan membawa masuk model Yamaha MT-07, juga melalui pemasangan secara CKD seperti yang di sahkan dari sumber terdekat pihak HLYM.

Yamaha MT-07 2014 CKD Di Pasang Di Malaysia? Harga Asas RM34,800?


Seperti MT-09, Yamaha MT-07 juga merupakan model serba baru Yamaha merangkumi casis diamond frame yang ringan serta kukuh menyokong enjin baru 2 silinder sebaris, 4 lejang DOHC sejukan cecair 689cc dengan teknologi Crossplane yang menghasilkan kuasa 55.0 kW (74.8PS) @ 9,000 rpm.

Yamaha MT-07 2014 CKD Di Pasang Di Malaysia? Harga Asas RM34,800?

Dengan berat keseluruhan MT-07 hanya 178kg dan model ABS 182kg, menjadikan Yamaha MT-07 model teringan dan berkuasa dalam kelas street-fighter 2 silinder 600cc, berbanding pesaing sekelas terdekat Kawasaki ER6N yang berkuasa 53kW (72.1PS) @ 8,500 rpm dengan berat 204kg dan 206kg untuk model ABS.


Yamaha MT-07 2014 CKD Di Pasang Di Malaysia? Harga Asas RM34,800?

Dengan kemasukkan Yamaha MT-07, Kawasaki ER6N di lihat akan menerima saingan sengit dari MT-07 setelah sekian lama mengunggulli kelas street-fighter 2 silinder 600cc. Namun faktor harga juga penentu kejayaan pemasaran sesebuah model di Malaysia. Jika harga Kawasaki ER6N RM 34,800 ke atas di lihat cukup berjaya menarik perhatian, mengapa tidak tag harga yang hampir sama di berikan oleh pihak HLYM pada MT-07? 

Yamaha MT-07 2014 CKD Di Pasang Di Malaysia? Harga Asas RM34,800?

Fakor model serba baru, berkuasa, ringan dan harga yang kompetitif setara dengan saingan sekelas, Yamaha MT-07 pasti akan hebat di pasaran Malaysia. Ramai yang akan bersetuju dengan pendapat ini, Yamaha Malaysia jangan terlalu berfikir panjang untuk model yang memang akan menarik perhatian ini. Sumber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

39 comments

Takde latest news ke on this?

Dengar berita MT 09 akan pasang locally CKD dengan harga dalam lingkungan rm 45k. Kalau macam ini, MT 07 mungkin akan dipasarkan dengan harga dalam lingkungan rm 38-40 OTR ?

Harga 34,800 tu dapat dari HLYM? Asal dgn org "dua cylinder jer?" hahahah.. sedih.. Aku rase motor ni sgt berbaloi kalau harga 34k. Skarang tgh pakai 4 cyl nya moto dan tak sabar nak tuka ke 2 atau 3 cylinder yg "best".

Aku masih ternanti-nanti pasal mt07. Ringan n jimat minyak. Best buat cross country n motor keje.

banyak model baru official,so yamaha maybe akan buat satu persatu pelancaran model baru.

wah...reka bentuk lawa, enjin power dari er6n + crossplane technology macam R1 walaupun 2 silinder je n ringan pulak tuhh... kalau HLY bawak masuk model ni confirm harga macam xj6 tak pun mahal sikit

MOTO KAWA Z250 MEMANG TOBAEKKK!!!EDEN DAH LAMO PAKAI BUEK MOTO KOJO.JIMAT BOY.RASO BEST!!!!!

masih belum ada berita rasmi dari HLYM, buat masa ini HLYM tumpu MT-09

vincent,kita tunggu HLYM launch MT-09 dulu, harga i rasa tak jauh dari anggaran tu

Tu anggaran harga semasa dan survey dari harga orang ramai yang sanggup bayar untuk mesin 2 silinder. 3 silinder better mt-09

Aku suggest siapa minat moto ni..pakat ramai2 emel hong leong yamaha !!

memang dha banyak feedback pada HLYM, so serang je lagi

Kenapalah Yamaha x buat MT09 versi tourer mcm Kawa Versys, tak ke depa tahu itu akan menjadik seperti goreng pisang panas yg lazat lagi berkrim.. Dah lama dah dok tunggu moto camtu dgn rege ckd camtu kat M'sia ni..

Setuju dengan pendapat bro, dan ramai peminat nampak model MT platform terbaik untuk model2 terbaru Yamaha

lambat betul masuk...teringin nak tengok harga dengan honda cb650F walaupun berbeza cyl tetapi CC hampir sama

Kayakan kaum tu je...org M bergadai bergolok nak buang duit.

MT 09 Rm45k... MT 07 Rm37k...nnt tunggu bulan April @ May nnt...

sebab itu nabi saw nak kita ummatnya berniaga

kedua2nya berbeza specs, yamaha 3 silinder ada kelebihanya, honda 4 silinder ada kelebihanya juga, lebih baik uji kedua model tu dulu sebelum buat keputusan

bro.. boleh tanya tak, apa kelebihan dan kekurangan, 2silinder, 3silinder dan 4silinder

4 silinder terbaik, lebih kuasa dan putaran enjin tinggi, 2 dan 3 silinder kuasa tork lebih tinggi tapi putaran enjin tidak setinggi 4 silinder.

salam bro adi arena..MT-07 CKD version bila nak keluar agak2?Marketing yamaha memang jauh beza banding dgn kawa. Kawa dah start Vulcan S, memang aktif dan mesra pengguna. R25 dari tahun lepas pun xda apa2 cerita lg, MT-07 CKD satu info pun xda. Peminat Yamaha ramai, Peminat HLY sikit.

wasalam, sebenarnya memang dah ada, lihat di dealer yamaha terdekat, perbezaan dari segi promosi, kawa lebih agresif

bro..ada apa2 info tak bila mt-07 ckd nak keluar?

Dah ada bro, cuba tengok kat dealer yamaha terdekat

Sumber dari HLYM, katanya akan keluar Q3 tahun ni. Julai - September. Klu ada bayangan harga bagus juga. Contohnya di bawah 30k atau sbgnya. Tp mgkin HLYM takut CBU pulak tak laku nnti.

mudah.my adh byk iklan...walaupun blom official launch...ckd 35k! wow

Mt09 14 liter kapasiti minyak sedangkan z800 17 liter ,perbandingan sapa jimat minyak .sapa leh bg tau .

As salam bro semua.
Motor ni mmg best. Dah angkat tahun lepas.so far mmg berbaloi, dah dekat 12k km. Ringan, 180 kg sj, bleh buat pergi kerja hari2. Tp utk highway, angin mmg kuat klu lbh dari 150 km/h. Pasang windscreen, akan jadi ok. Selesa, xperlu nak bongkok. Seat tirus bhgian depan,senang nak jejak kaki bl berhenti,blakang lebar, so bl motor bergerak,bleh anjak ke belakang.top speed 212 km/h.

Review 1

Maintenance mmg murah, minyak hitam 2.4 liter shj,beli 3 botol RM 120, oil filter dalam RM 40. Total RM 160, tukar sendiri shj. Senang, dlm youtube bnyk bleh buat rujukan.

Review 2

This comment has been removed by a blog administrator.

Betul tu bos, tak susah sangat pun buat sendiri, tapi makesure buat masa enjin dan sjuk, kalau buat waktu enjin masih panas, silap2 bole losse treat skru minyak hitam

Salam riders

MCN, badan berprestij dunia yg review motor-motor termasuk MT-07, motor MT-07 ni dipilih sebagai pemenang 4 tahun berturut-turut dalam kategori middle-weight naked bike. Sangat jarang satu motor dipilih sbgai pemenang berturut-turut.


EmoticonEmoticon