Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014 Lebih Hebat Dan Ekonomi

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014 Lebih Hebat Dan Ekonomi | Boon Siew Honda ( M ) Sdn Bhd telah mengemaskini model Future 125 yang di perkenalkan pertengahan 2013 lalu dengan tagline " The Honda Future, Limitless Endurance. Hero Perjalanan Jauh " menampilkan ciri-ciri yang telah di pertingkatkan untuk lebih mesra alam dan tunggangan di samping lebih bergaya.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Di kuasakan enjin 4 lejang SOHC 125cc sejukan udara, enjin baru ini cukup berkuasa di samping lebih ekonomikal dengan tangki yang memuatkan petrol 5.6 liter mampu untuk menempuh jarak perjalanan sehingga 338km seperti yang telah di uji ECE40 Mode.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Dengan penjimatan petrol sehingga 7.6%, ini adalah angka yang cukup menakjubkan dan Honda Future baru selayaknya di gelar model lasak dan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Antara ciri praktikal yang menarik bagi model baru ini adalah ruang kebuk keselamatan U-Box berukuran 19 liter di bawah tempat duduk yang mudah memuatkan topi keledar "Fullface" ataupun untuk wanita tidak perlu bimbang untuk menyimpan tas tangan dari risiko ragut, di samping tempat duduk yang lebih luas dan besar untuk keselesaan penunggang dan pembonceng untuk ke destinasi tujuan.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Boon Siew Honda tidak ketinggalan untuk menerapkan ciri keselamatan, lengkap dengan lampu belakang LED dan speedometer jenis fog light untuk penunggang di lihat lebih jelas terutama pada waktu malam, di samping di lengkapi rim sporty dengan tayar tubeless dan brek cakera depan belakang untuk tunggangan lebih selamat dalam situasi jalan raya yang berbagai geografi.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Di datangkan dengan dua edisi khas, edisi 1 dengan roda sporty, starter elektrik dan brek cakera hadapan, dan edisi 2 menampilkan gabungan roda sporty, starter elektrik dan brek cakera depan belakang.

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014

Semua jenis varian menampilkan warna Luminous Orange, Pearl Magellanic Black dan Candy Scintillate Red. Manakala model Special Tribal Edition 2014 di tampilkan warna baru Mat Charcoal Gray Metallic di samping grafik yang lebih ranggi. Harga Honda Future 125 Special Tribal Edition ialah RM5,478.65 sehingga RM5,840.93.

Spesifikasi Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014 


ENGINE
Engine TypeAir cooled, 4 Cycle Engine OHC
Bore & Stroke52.4 X 57.9 mm
Displacement124.8cc
Compression Ratio9.3 : 1
Starter SystemSelf Kick & Electric Starter
Lubricating Oil Capacity0.9L (After Disassembly)
0.7L (After Draining)
TRANSMISSION
ClutchAutomatic & Multiplate Wet Clutch
Transmission4 Speed Constant Mesh
1st Gear2.500 (35/14)
2nd Gear1.550 (31/20)
3rd Gear1.150 (23/20)
4th Gear0.923 (24/26)
Primary Reduction Ratio3.350 (67/20)
Final Reduction Ratio2.571 (36/14)
ELECTRICAL SYSTEM
Ignition systemDC-CDI
Battery12V / 3.-A.h
DIMENSIONS
Overall Length1898mm x 709mm x 1080mm
Overall Width711mm
Overall Height1092mm
Wheelbase1258mm
Net Weight – Electric / Cast Wheel / Front Disk Brake100kg
Net Weight – Electric / Cast Wheel / Front & Rear disk Brake101kg
CHASSIS
FrameBack Bone
SuspensionFront – Telescopic 81mm
Rear – Twin 81mm
Fuel Tank Capacity5.6L
Tyre TypeTubeless
Tyre MeasurementFront 70/90-17M/C 38P
Rear 80/90-17M/C 50P
Caster26° 30′
Trail Distance68mm
PERFORMANCE
Maximum Horse Power7.06kW (9.6PS) / 7500rpm
Maximum Torque10.6N/m(1.08kgf.m) / 5500rpm

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal

61 comments

Aku mahu tanya Honda future 125 Dan YAMAHA lagenda 115 fuel injection mana Lebih jimat minyak

Dua model2 pun bagus bro, dari segi penjimatan minyak tak jauh beza, so bergantung pada model mana yang bro lebih suka

Modenas ace 115 vs honda future..mana lebih baik?

saya prefer Honda kerana teknologinya yang lebih dari Modenas, Ace pun bagus kerana produk kita dan dari segi parts pun tak ada masalah, jadi tiap model ada kurang dan lebih, Honda Future enjin lebih besar dari Ace

jgn nak tipu la lagenda lagi jimat aq dah pakai 2 model ni

Depend on variable situation bro when you say about petrol saving like riding style, dah info kat atas dari segi save memang tak jauh beza dari model saingan, so depend on your favourite, kami juga dah lama sebagai pengguna pelbagai model motorsikal

warranty honda future ni berapa tahun ? gear motor aku dah buat hal .. baru beli bulan 3 .. dah mcm pakai clutch plak gear nya .. masuk gear je dah gegar2 kalau ada clucth taper ghak ..ni xde .. asik mati2 je la motor nya

kebiasaan setahun atau mengikut mileage atau kedua2 yang mana terdahulu. Bro hubungi wakil jualan untuk sahkan waranty

antara honda future dgn yamaha Lc 135..boleh prefer mane yg okey x bro? utk long distance,fuel consumption dgn jln yg x berapa nk rata...

dua motosikal yang jauh beza dari segi spesifikasi, lc 135cc, future 125cc, jadi memang beza dari segi penjimatan petrol, untuk long distance dua2 model pun bagus cuma lc ada kelebihan dari segi sejukan cecair. Untuk pengunaan jalan tak berapa rata depend pada pengendalian kita kerana dua2 model bukan jenis offroad.

Antara honda future n honda dash.. y mana satu lg okay.. tq..

Abdul Razak Ismail delete October 17, 2014

masaalah dgn future ni system choke tak smpai setahun guna dah rosak, auto clutch tak smpai 2 tahun dan bunyi cam moto buruk....bising n knocking. untuk pengetahuan anda sya guna minyak enjin repsol 10-30 full sintentik... apa komen anda.

betul ke honda future ni sampai 5.6 liter? bukan 3 liter jer kan?

betul ke honda future ni bole bwk sejauh 300 km lebih? selain kelebihan yg di katakan kt atas, ape lg kelebihan yg ada?? kalo betul tangki minyak berukuran 5.6 liter, brpe byk RM yg kita bayar utk penuhkn minyak dlm tangki tu?? saya tanya sbb saya tertarik dan berminat tntang kelebihan yg ada pd motor ni.. please explain.. tq

1 liter = rm2.30, so 5.6 liter x rm2.30

Cuma nak kongi maklumat dan pengalaman sebagai pengguna Honda Future 1st. Model...aku beli pada bulan Sept. 2012....baru2 ni, meter baru 27,000 km ....camsaft tangkap, engin bunyi bising bila jalan....gi kedai honda kena turun engin, tukar camsaft nasib baik piston tak tukar.....kesimpulannya, Honda sekarang tak macam Honda dulu.....sekarang mereka keluarkan model2 utk keuntungan semata2 bukan ketahanan yang diutamakan.....dulu Hanoda EX-5 aku guna sampai 16 tahun tak pernah turun engin.

aku baru beli future ni..baru 3k km jalan, setakat ini tiada apa2 masalah,,keluar kedai terus aku besit test kat karak, janda baik, jalan Gombak lama..Alhamdulillah takde apa2 yang memudaratkan stakat ni.., cuma di waktu pagi mmg semput future ni..kena main choke dan panaskan engine sikit baru hilang semput. Setiap hari travel 120km (pergi balik ofis) naik berdua pulak tu..dari segi penggunaan bahan api ni mmg subjektif..nak rasa jimat bawak lah perlahan-lahan..kalau aku pulas 100km/j jer cepat gak turun jarum minyak tu..cuma kelebihan pada future ni,, tanki yang besar tu..lambat sikitlah pergi stesen minyak..yg paling rasa best isi rm6 dah penuh (tank tak kosong abis lagi)...tahan jugak dua hari..(sblm ni bawak 750 berulang ke kerja..isi minyak rm25 dua hari..)
Bila naik berdua tu..terasa tegap jugak badannya..takde goyang2..tayar tt100 yang diberikan mencengkam baik, di jalan lurus dapat jugak 110km/j wlpn lambat tapi naik bukit mmg lemau sangat..turun bukit abis pulas dapat lah 120km/j kat meter dia tu..tak tau lah laju ke tidak..tapi aku rasa selow jer..stendet kapchai lah..nak rasa laju aku bawak 750 aku tu..
Kedudukan kick stater moto ni tak sesuwai langsung..kacau kaki kanan jer..kena tolak keluarkan padel kick stater tu baru boleh letak kaki elok2..yang best tempat barang yang besar bawah seat tu..mmg membantu sesangat..so stakat ni aku suka jer future ni..

Just nk kngsi sy krj sgpo hari2 ulang alik 110km beli mtr oct 2013 ni baru lepas trn enjin...piston ori pun xde..rod pun same...nk tkr rod kena tkr drysup sekali 400 peh...
tp nk ceta future enjin cepa. panas...sistemsame ex...tp dia ubh cikit je...o.

bagaimana dari segi maintanance sebelum turun enjin? cth servis tukar minyak 4t?

Honda Future 125 Special Tribal Edition 2014, tengok komen macam belum ada future dengan aku je.. Kepada Honda, jangan hanya mementingkan rupa luaran sahaja. Bagi saya, EX5 lama memang legend.

Pros:

1. Body design, not bad. (Tribal Edition)
2. Front & rear disc brakes.
3. U-box, the main reason I bought it. The other is fuel consumption, but ......

Cons:

1. Lemau, first to third gear quite versatile but something not right in fourth gear (matching/tuning). Achievable top speed 100km/h. Overall my previous EX5 was much better, except handling.
2. False claim of fuel consumption. Actual 3.2ltr = 100km or slightly over 31km/l in normal/city ride. A 100% highway at 70-80km/h around 35km/l. Comparatively FC is almost equal to my scooter LC135.
3. Activate choke after several hours of stop/overnight (cold start), just like engines of 1970s. Not a fuel-injection.
4. Engine vibrations at 90-100km/h. Suzuki Shogun continuously smooth from 0 to 115km/h.
5. Foot rest should be at least two inches to the front for comfortable long journey.
6. Chromed gear & rear brake levers. Why not blackened them to match the engine & stands?

Conclusion:

Relatively expensive - not value for money. A product by Honda that is well below expectations. Menyesal trade-in my Shogun for Future, actually Back to the Past!

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)


Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....

Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

Future125 kena titik dgn honda legend bro...top speed tk ada 100-110km saja

Sentiasalah kita menjaga serta pelihara future 125 kita nih dgn sebaik2nya,jika kita gunakan
ke jln yg baik dn mulia utk mencari rezki buat keluarga dn anak2,InsyaAllah pasti keberkatan nya dpt kita rasai sejak hari pertama kita menunggang nya..

Terima Kasih atas peringatan dan nasihat itu bro

Antara wave 125 dgn future dari segi enjin..starter..yg berkaitan pemanduan dan mentenen bagaimana?

Antara honda wave dash 110 edisi 2013 dgn modenas ct 115s mne lebih bagus...betul ke sparepart modenas lagi mahal

Saya owner Homda Future sejak 2013 November, sampai sekarang mileage 40k, service on time setiap 2000 km. Engine sudah overhaul 2 kali, bearing con rod worn out, con rod sudah tukar 2 kali, cam sudah tukar, timing chain bunyi, valve bunyi macam lorry. Handle gegar, cover motor gegar, gear changing problem. Honda really sucks. . .

Perempuan tahu naik je tpi tak tahu tentang moto sngat...kenapa klau sy naik moto engin bunyi bising kenape ye...macam best motor honda future boleh letak brg dkat bwh..sy nk beli motor yg tak slow bila naik jejantas..tolong balas..terima kasih

dari segi minyak saya x pasti, tapi sya rasa honda future125 ada keistmewaan trsndri, stkat 2 mngu sya pkai honda ni mmng selesa tmpt dduk yg lebar n pnjng mmbuatkn tunggangan lbih selesa, klau bawa barang x payah muat dlm beg sbb bwh tmpt dduk tu bsar ruang helmet fullface pn bleh muat, tu antara yg menarik la tntng honda ni. klau yamaha lagenda yg trbaru ni bgus jimat orng ckp cuma FI ni agak crwet prlu minyk yg btul2 brsih klau x bnyk mslah yg akn tmbul ni kwn yg pkai FI n cip bangkel sndri bgitau..

bergantung pada kedai yang jual, kalau yang ori oem memang agak mahal banding local

kerosakkan agak teruk juga, biasa kalau overhaul kali pertama pon dah memadai, tapi jika masa overhaul pertama komponen tertentu ada yang di tukar dengan kualiti kurang bagus memang akan rosak cepat.

pastikan servis motor ikot jadual, tukar minyak enjin yang berkualiti, hati2 sekarang banyak minyak enjin tiruan yang di jual di kedai biasa, beli minyak enjin di stesen minyak lebih baik, memang model ni bagus sebab di reka untuk keselesaan, jarak perjalanan jauh.

Macamana cara nak lajukan sikit honda future nie? Org rekemen tukar CDI racing betul ke?

Salam.. aku dah tukar cdi racing.. block rasing, head rasing.. sprocket tukar.. tp tetap xleh belah.. ntah la apa yg xkena.. paling laju pon 100 jew..

future aku meter dah 27000, aku reti tuka minyak itam jenis 15w-40 setiap 2k-3k, tuka tayar baru. biasa laju 80-90km/h pi keje.

problem biasa - head cover gegar, gear 2 dah jarang buat hal (sejak tak pakai minyak ori honda)

korang punya problem agak merisaukan......

Saya adalah antara pemilik baru Honda Future 125 yang dibeli pada awal Januari 2016. Saya telahpun mengujinya selama sebulan dengan menunggang setiap hari (hari bekerja) dari Sungai Udang, Melaka ke Ampang, Kuala Lumpur dan kembali ke Melaka pada hari yang sama dengan jumlah purata jarak perjalanan lebihkurang 270 ke 300 km. Apa yang saya boleh simpulkan ke atas model Honda Future 125cc :

1. Pelana tempat duduk yang lebar dan selesa bagi tunggangan jauh
2. Lampu utama hadapan yang cukup terang & meyakinkan penunggangan di waktu gelap/malam.
3. Lampu belakang & isyarat yang cukup terang mampu dilihat oleh pengguna jalanraya yang lain.
4. Ruang simpanan barangan di bawah pelana cukup besar & mampu menyimpan 1 fulface helmet dengan sempurna, selamat & tidak basah ketika hujan lebat.
5. Saya telah memasang kotak simpanan barangan tambahan di bahagian belakang yang berkapasiti 34L dan membuatkan ia sedikit bergoyang ketika berselisih dengan kenderaan besar seperti lori namun kendalian masih selesa & terkawal.
6. Dengan kelajuan 80-100kmh, ia amat menjimatkan petrol. Tak hairan jika pihak Boon Siew katakan ia mampu pergi sejauh 300 km dengan isian 1 tangki penuh petrol.
7. Ia mampu pergi dengan kelajuan lebih tinggi. Namun dengan kelajuan yang telah dihadkan kepada 120 kmh, ia dikira besesuaian dengan saiz motorsikal moped.
8. Kendaliannya di jalanan cukup mudah dan meyakinkan terutama di tengah kesesakan lalulintas.
9. Senggarannya amat mudah dan mampu dilakukan sendiri.
10. Alatganti yang mudah diperolehi dari mana-mana kedai motorsikal serta harga yang cukup berpatutan.
11. Dikategorikan motorsikal yang lasak.
12. Enjin yang mampu bertahan lama.

Bagi mereka yang masih tercari-cari sebuah motorsikal moped kecil, saya tidak teragak-agak untuk syorkan anda miliki model Honda Future 125 ini. Dapatkan maklumat teknikal lebih lanjut dari pihak yang lebih arif & pakar.

Kesimpulannya, Honda Future 125cc ini sebuah motorsikal yang ekonomi, selesa untuk tunggangan harian dan santai-santai di hujung minggu, mampu dimiliki, mudah kendalian & senggaraannya. Cuma apa yang ingin saya kongsikan di sini, sebagai penunggang motorsikal kita perlu utamakan keselamatan diri. Pastikan kita cukup cergas ketika menunggang, sentiasa peka dengan persekitaran perjalanan, sentiasa berhemah, amalkan sikap berhati-hati & sentiasa patuhi undang-undang lalulintas jalanraya. Sama-sama kita jaga etika penunggangan selamat demi kebaikan bersama.

(Esham Abdullah)

Mr. Jamal,
Untuk makluman, kebanyakan motorsikal baru masakini telah di hadkan kelajuannya dengan pemasangan alat khas (speed limiter devices) dari kilang pemasangan agar tidak melebihi dari had keselamatan.

(Esham Abdullah)

Zahra Umairah,
Sebaiknya sebagai kaum hawa, anda harus tahu sedikit sebanyak asas senggaraan motor agar mampu pastikan motorsikal anda terjamin keadaan enjinnya. Anda boleh dapatkan info asas ini dari mekanik di kedai2 motor. Usah malu bertanya kerana ianya ilmu yang bermanfaat.

(Esham Abdullah)

Future tribal edition. 1km pertama tukar minyak hitam honda ori ke shell vsx. Pagi start masih semput, kelajuan untuk top speed ke next gear lemau. Aku bukak angin sebelah minyak tu. Exactly sama macam wave aku 15 tahun dulu. Baru cun moto ni pegi dan start waktu pagi. Now nak tukar spoket yg sesuai dgn cara tunggangan aku. Tapi betul, pick up gear memang kurang banding dengan honda lama.

Future tribal edition. 1km pertama tukar minyak hitam honda ori ke shell vsx. Pagi start masih semput, kelajuan untuk top speed ke next gear lemau. Aku bukak angin sebelah minyak tu. Exactly sama macam wave aku 15 tahun dulu. Baru cun moto ni pegi dan start waktu pagi. Now nak tukar spoket yg sesuai dgn cara tunggangan aku. Tapi betul, pick up gear memang kurang banding dengan honda lama.

Aku try bukak sikit angin pada skru sebelah minyak tu. Tempat timing kot.hahah....ok jer motor tu sekarang...maybe baru 3k km ...ntt post lagi kalo ada masalah or teringat kat blog ni.

Saya mmg plan nak beli future ni, bila baca tuan punya cerita dan tip tu jadi lebih confident nak beli.tq

Assalamualaikum bro ... nak tanya , antara Honda future special edition ni dengan Honda dash fi 2016 ni mana lebih elok eh ? explain pls .. tq .

Wasalam, better Dash Fi

saya baru amik motor ni awal bulan 3 hari tu...lepas dari 3 minggu pakai ada bunyi yg x berapa menarik dari depan.... bunyi mcm zzzziiiinnnggggg... bunyi tu selalu klaur kalu saya bwk dlm 100km/h... bunyi tu akan hilang bila saya lepas minyak pada kelajuan sehingga 60km/h...yang paling kerap jadi bila jalan tu mcm naik bukit di mana meter nk turun dari 100km/h ke 90km/h..dan bunyi ni selalu jd selpas setengah jam saya atas jalan raya..awal perjalanan mmg xda bunyi tu.. poeman suspek katanya bunyi meter, da hantar ke kilang dan replace meter bunyi tu masih juga ada lagi.. mohon bantuan otai2 dan senior2 honda yg tau masalah saya ni..

aku beli motor ni. lps 7 bulan enjin bunyi lain. aku p service kedai tmpt beli tu pomen tu kata semua motor tu mcm tu bunyi xda apa masalah. ni dh masuk dekat 3 tahun enjin kena overhaul pulak. kedai pomen kata mungkin sbb xjaga minyak enjin tapi dlm masa 7 bulan beli dh bunyi dh dan ada tarikh2 sekian p tukar minyak enjin dan tiap bulan 3 tahun tu minyak enjin tukar tiap2 bulan.....

xdak kualiti enjin ni.

sama mcm saya. p hantar kedai tempat beli pomen kata seme motor jenis ni bunyi mcm tu. masa ni kita mai tukar minyak enjin mcm tarikh dia letak tu servis tu dalam waranti..


slps 3 tahun enjin tu kena overhaul la..
piston rosak bearing la apa..


saya beli 7 bulan enjin dh start bunyi bising. pomen service chin hin kata xdak apa.

lps 3 tahun enjin kena overhaul. 7 bulan dulu dh start bunyi xkan sbb xjaga minyak enjin kot.

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.

assalamualaikum bro, nak tanye.. saiz main jet dgn pilot jet standard bape ye ?

Minyak enjin apa yg sesuai untuk honda future ni ye slain minyak honda..

assalamualaikum bro.sy dlm dilema nak beli motor. antara honda futere dgn honda dash yg mane lebih baik

Cari yang Fully Synthetic, kami faham ramai pengguna kapcai yang nak cari minyak 4t terbaik, tetapi dilema sebab banyak yang tiruan atau recycle oil, suggest terbaik petronas syntium moto rs dan beli di stesen minyak petronas sebab terjamin ori. Lain2 Shell Ultra tapi sekrang kami guna platinum oil


EmoticonEmoticon