7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Baru Di Malaysia

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Baru Di Malaysia | Sejak kebelakangan ini kemalangan melibatkan penunggang motorsikal berkuasa besar sentiasa di laporkan di media massa. Tidak di nafikan faktor alam seperti cuaca dan jalanraya antara punca kemalangan, namun di Malaysia, kecuaian penunggang motorsikal terutama penunggang baru boleh di katakan faktor utama kemalangan.

Ya, sebagai penunggang baru kita mungkin memiliki kemampuan membeli motorsikal berkuasa besar yang di idamkan, tapi adakah kita menyedari had kemampuan diri sendiri sebelum berbangga di atas motorsikal yang mungkin boleh membawa maut pada diri kita?

Jadi penting untuk kita menunggang motorsikal dalam kategori yang sesuai dengan keupayaan diri di samping memahami dan mempelajari selok belok teknikal sebuah jentera sebelum beralih ke kapasiti lebih besar.

Berikut adalah 7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia yang mampu memberi keseronokkan tanpa mengancam kesejahteraan anda ( namun segalanya bergantung pada kawalan anda ).

1. Kawsaki Ninja 250 SE

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, dua silinder selari DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda sukakan gaya yang sporty dan rekaan terkini, ini adalah satu permulaan yang sempurna. Ninja 250 adalah tepat untuk anda belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul. Platform terbaik untuk anda ke menaik taraf seterusnya.

2. Honda CBR 250 R

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api.
Transmisi: 6-kelajuan

Merupakan versi baru CBR 250 4 silinder yang sangat popular dahulu, CBR 250 R adalah jawapan Honda kepada Ninja 250. Model yang ringgan dan ramping sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasai tork dari legasi CBR Fireblade.

3. KTM Duke 200

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 200cc
Enjin: 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda mahukan gaya Eropah dan multi-purpose. KTM Duke 200 jawapanya, lengkap dengan komponen terbaik seperti WP dan ABS, ini adalah model yang ringan, lincah dan penuh gaya. KTM CKD Malaysia juga turut memasang model Duke 390 dan Duke 650 sebagai tambahan pilihan pada peminatnya.

4. Kawasaki Z250

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6 kelajuan

Di asaskan dari model Ninja 250, Z250 merupakan streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000 dan Z800 yang agresif, gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih urban.

5. Ducati Monster 696

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 696cc
Enjin: L-Twin, 4 lejang 2 injap Desmo sejukan udara, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 6 kelajuan

Ducati, jenama Itali yang tak perlu di ragui kehebatanya, walaupun merupakan model terkecil Ducati dan sedikit besar dari model pilihan yang lain, kuasanya masih mampu di kawal dengan gaya yang pasti memukau mata di mana sahaja bagi yang mahukan gaya mewah, tetapi agak sedikit mahal.

6. Naza Blade 250R EFI

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang 75 V-Twin 8 injap DOHC, sejukan minyak, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 5 kelajuan

Boleh di katakan sebagai pesaing terdekat Honda dan Kawasaki dalam kelas 250, namun menawarkan harga yang lebih berpatutan. Juga tersedia dalam 650cc, mengunakan enjin yang di asas dari model Suzuki SV, Blade 250 tetap ada gaya tersendiri di samping kuasa dan penjimatan ekonomi.

7. Kawasaki VN II 250


Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang V-2 silinder DOHC 8 injap, sejukan cecair
Transmisi: 6 kelajuan

Sports-Cruiser terkecil dalam kelasnya dan juga dari Kawasaki, menawarkan keselesaan dan kemudahan pengendalian dengan kuasa tork yang cukup hebat untuk sebuah cruiser sekecil ini. Untuk peminat cruiser yang mahukan model permulaan, ini adalah model untuk anda patut miliki dan pelajari.

I'm Big Fan Of Motorcycles

85 comments

Bos., kalau dpt tau harge lagi best just 2cent

admin, yamaha xj6 x sesuai ke utk newbie? terutama perempuan mcm sy..

Salam, mohn disertakan range harga lebih kurang terutamanya untuk Semanjung Malaysia. ^_^ terima kasih

Adi Arena : sy dah mahir menunggang motor, Yamaha 125z.. sy pun br lulus lesen B full.. hihi.. -cik Huda-

Wasalam, range harga tiap model memang berubah2, nantikan artikal akan datang

Cik Huda, 125z sports 2 lejang, jadi lagi mudah pengendalian, jika dah lulus B Full itu dah bagus, dah boleh mula upgrade dengan 250cc ke atas.

Saudari baru baru belajar menunggang atau dah mahir sebelum ni? jika masih baru better mula dengan cc lebih kecil dari xj6, xj6 enjin 4 silinder so kuasanya agak kuat banding dengan 2 silinder, bukan tak sesuai tapi penting sebagai newbie belajar selok belok cara pengendalian dan control power motor, breking dan guna gear dengan betul, bila dah mahir dan yakin barulah upgrade cc.

Kenapa Kawasaki KRR150 x masuk dlm list? Bagi saya, motor ni sesuai utk beginner yg x de duit nk beli CBR250 tp nak capai speed yg boleh ikut rapat Ninja 250. Ke sebab motor KRR150 ringan?

KRR150 pun bagus untuk beginner, tapi di sini lebih di tumpukan pada 250cc ke atas kerana lebih sesuai sebagai asas pembelajaran untuk naik taraf ke cc lebih besar cth dr 250cc ke 500cc

terbaikk.. http://www.mudah.my/Oakley+Frogskin+Velentino+Rossi+Signature+Series-28258269.htm

DEN DAH LAMO PAKAI KAWA Z250.MEMANG TEBAEKKK!!!!!!RESPEK DEN KEK KAWASAKI KERANO MOMPORKONALKAN MOTO NI.RASO BEST!!!!

baguih jang, ride hati2 rayo nih

minat dengan kawa VN II tu..tp mcm tak byk atas jalan... OK ke motor tu bro?

Untuk beginner ok walaupun agak kecil, kalau bro dah expert boleh cuba model yang lagi besar

Mana lagi bagus antara naza blade 250r dengan yamaha r25?

prefer R25, more horse power

Macamana dengan REDZA V1 250R?

itu pun boleh, tq masukkan dalam list

DALAM DILEMA KTM 200,KAWA 250SL,BLADE 250SE...MANA YANG TERBAIK

persaingan sengit, jadi better bro counting ikot bajet bulanan, long distance perjalanan

Berminat sgt dengan kawa z250. Klu tgk hrga d smnjung mmg brbaloi sgt dengan kelas 250cc. Tp bla tengok harga kat sarawak, mak oiii, mahal giler.

yup, duti import jdi penghalang, harga sepatutnya bukan lebih dari itu.

Bro adi, aku biasa bawak 125z, 135lc. Tinggi 5'4'. Inseam 29'. Bcita2 nak ambik mt07 bila mai Msia kelak.. What say u???

Dah expert dah tu bro, no hal punye, thmbs up, yang penting pandu cermat, ingat orang tersayang jiwa pun selamat

terima kasih atas approval Bro. minta tlng kasi RACUN HongLeong spy cepat2 bawak masuk Msia.. harap2 $ dalam 3xK..

hehehe ramai yang dah racun sebelum ni bos, tengok artikal kat ruangan popular post

RC 200 bagus x?

Antara ninja ngn z250 mna lg tuan prefer?

dari feedback, antara terbagus dalam kelasnya, tapi depend pada selera individu

tak jauh beza dua model tu tuan, base dari model sama, pilih saja yang mana gaya tuan inginkan, sama ada mahukan gaya naked atau sportbike, kuasa dan maintanance pun tak jauh beza

Newbie...tp nak sngat beli mv agusta brutale 800 dragster...pandangan..

motor yang agak power bagi newbie tu tuan, kalau mampu beli boleh tapi dengan syarat mesti displin kuat, sentiasa belajar, bersabar supaya kemahiran meningkat, jika kurang pengalaman, kemahiran agak sukar nak kawal motor yang agak berkuasa seperti brutale, tapi tanyalah mana2 pada yang berpengalaman, anda di galakan untuk bermula dari model kuasa lebih kecil cth 500cc.

abang, ranking number tu mcm pelik jee, ducati monster then naza blade dr 600cc dwngrade to 250cc , cadangan saya, kalau beginner elok start 600cc frm (kapcai) sbb 250 under power pn sbb 4 stroke semua tu. tp kalau nak krie top end, naza blade and kips champion dr kawasaki even pick up diaorg tu xdak,

its not about ranking, tapi di pilih secara rawak, kami pilih 4 lejang coz ciri2 yang sama untuk model superbike, samada dari segi teknik tunggangan, anjakan gear, maintanance dan lain2.

Ktm rc200 dgn blade 250 tbr yg mana bagus dah top speed power.

rc200 single silinder, jadi kuasanya xsekuat blade 250 vtwin silinder, 2 motorsikal berlainan watak, rc200 lebih kepada motard, blade gaya supersports, blade tbr model special edition

As'salamualaikum tuan, antara cbr 250r da ninja 250r4 yang mana lebih bagus. dulu saya gune easy rider virago 250. accident kali ke3, total lost, cadang nk tukar superbike lak

versys ok tak utk beginer?

dua2 model pun bagus, cuma beza specs sedikit, cbr enjin 1 silinder dan kawasaki 2 slilnder, so lebih kuat sedikit, jika berkemampuan kawasaki lebih bagus untuk permulaan belajar tunggang superbike

versys 650? boleh juga tuan asalkan berdisplin dalam tunggangan, tapi lebih elok belajar dari model 250 dahulu, bila yakin upgrade cc yang lagi besar contoh versys

sye newbies,dlm dilema sme ade nk angkt cbr 500cc or 600cc, biase rid 135lc n z250..mntk pndangan

dua2 cc pun tak jauh beza, lagi pun mungkin bro dah expert menunggang z250 sebagai asas, jadi tiada beza dari segi pengendalian cuma kuasa hp lebih sedikit.

salam abang2 sekalian....sy asma. sy nak minta pendapat...sy seorg wanita ala2 comel gitu. saya peminat motobike infact sy mmg bawa moto (kapcai) gi sekolah mase high school dulu. now bawa moto kadang2 je..tu pun kalu blk kg. persoalannya....as beginner to motobike dgn ketinggian sy 151cm dan berat 49kg, bolehkah saya mengemudi CBR250??

Jika di lihat dari segi nisbah berat dengan tinggi tak ada masalah untuk menunggang apa jenis model pun,sebab rider motogp pun ada yang kecil molek tapi menunggang mesin yang lebih berat dan berkuasa tinggi, yang penting bagaimana kita nak develope skil tunggangan kita, cbr250 antara mesin yang baik untuk permulaan selain dari ktm duke atau ktm rc, mungkin tiada masalah bagi saudari yang kami rasa dah berpengalaman, cuma yang penting adalah displin.

Ni sye nk tanye tyco2 motor sini. Kawasaki ninja 250r dgn z250 nih sama mounting tak lampu depan dia? Sye dh bosan ngn 250r, kira nak convert g z250 body posible ke? Banyak keja tak? Maksud sye byk nak modify tak mounting dia? Kalau mounting sama ok plug n play je kan? Help help dari tyco2 moto sini. :)

Megelli 250rr?
benelli tnt300?
and how about sparepart?is it easy to find in malaysia?thanks..

megelli and benelli also a good bike for starter

Hello, Saya newbie to big bike tapi dah more than 30 tahun ride kapcai.
Berbanding Duke 200 vs Kawasaki Z250SL, yg mana lebih sesuai for first timer ?

sebenarnya dua2 model pun bagus untuk newbie kerana kuasanya tak terlalu tinggi, hanya beza specs. Pilih dari segi budget dan minat rekbentuk

Salam tuan...klo newbie xpenah bwak motor clutch..just motor kapcai je...ape saranan? Ke mmg kene go by 125z or LC135 dulu?

assalamualaikum. nak tanya any recommended moto berkuasa tinggi yg boleh sy cuba. utk d guna nak trvel 100km+- setiap hri. Tak pernah langsung naik moto kuasa tinggi. Yang tak perlu nak amek-amek lesen baru. Sekarang ni ad moto lagenda 110cc. tapi x guna utk travel lagi la. terima kasih..

dua2 model pun boleh sebagai permulaan, mahirkan pengunaan klac manual dan gear dahulu

bro cuba model kawasaki 250, yamaha250 atau honda 250. Lain2 model KTM Duke dengan RC pun bagus juga.

Salam bro. Nk tnye antara motor 250cc. R25 CBR Kawa250se Z250? Mne yg pling elok.

wasalam, semua model pun ok bro, cuma beza dari segi harga kemampuan je bro, tapi buat masa ni r25 terbaik

hi adi..sy pernah bawak 125z..terasa nk beli superbike..tp tinggi sy 150cm cam ne tu..pe yg sesuai huhu

ketinggian sekitar 150cm, mungkin ktm rc atau r25 antara yang sesuai

agak2 ok x klau start dgn cbr 650f?

saya memang tak pernah memiliki motor sendiri. cuma pernah bawak motor member ulang alik uitm - um 10 tahun lepas. sejak dari tu xpernah langsung bwk or naik motor. Baru-baru ni saya berkenan sungguh dengan z800. apa pendapat Tuan kalau saya ambil motor ni dan slow2 belajar?

Tips Membeli Motorsikal
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-membeli-motorsikal.html

antara Ninja 250 SE, Yamaha R25, Naza Blade 250R, and CBR 250R
Mana yang lebih save minyak, maintenance pun affordable.
Still student, tinggi dalam 170.

assalamualaikum kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki motorsikal berkuasa besar baru dengan hanya membayar 25% daripada harga. berminat sila hubungi wsaap 0192505000.
syarat permohonan mendaftar sebagai ahli kominiti rm350.00
mempunyai lesen memandu sah
nama bermasaalah boleh memohon
Membuat pembayaran 25% dari harga motorsikal.di kedai yang terpilih.
Dan baki pembayaran akan dislesaikan oleh pihak yayasan.

klo benelli tnt 300 paa citer bro? okey x klo compare ngan z250

Saya baru nk pakai motor, tpi minat nk angkat ktm duke 200 atau 250, basic bawak motor kapcai dah ade, sesuai ke saya pakai motor duke ni?

Antara r25 ngan z250 yg mne lbih baik...dan ape kekurangan masing2

Nak minta pandangan otai, saya 43thn, tinggi 163cm, baru nak try big bike yg cc 250 apa yg sesuai antara kawa vn240 atau benelli,

R25 superbike..tunggangan lebih tunduk..full tank 14liter..top speed 190..
Z250 naked bike..tunggangan lebih tegak dan santai..full tank 17liter..top speed 170..
Kalau bro bnyk lalu hgway beter r25..tp kalu jln biasa bnyk trafic light n jem beter z250..
Sy pkai z250..plg laju boleh g sy wat 160 j..biasa bawak z250 tank lg besar..bila naik r25 rase kecik lak celah kang2..tpulang pada bro penggunaan mana lg bnyk..tp r25 mg plg cntek bg saya utk superbike n z250 plg cntek utk naked bike..hehe

Boleh tak kalau nak beli superbike 251cc ke atas pakai lesen L B? Sebab nak buat lesen B kena la ada moto besar dulu utk belajar. Kalau nk pegi buat lesen terus tp xpndai bawak malu pulak. So, boleh ke beli moto siap dengan road tax dan insurans tp pakai lesen L kelas B je dan taknak register pakai nama orang lain (orang lain pun selalunya ada lesen B2 je). Atau boleh je register pakai lesen B2 atau D. Tp B2 pun aku takde :( ada lesen kete je

Salam Bro, Saya pakai z250 baru 6 bin, top speed hanya 130, camna nak up sikit bagi 155 ke...ekzos yang basic je..

Pelik bro..top 130km..member dpt 170+km..check dkt kilang balik

salam bro..yamaha r25 x sesuai ke for newbie ??..klau x sesuai tlong explain knp, dan klau sesuai tlong share cara nk mods yamaha r25

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by a blog administrator.

Saya sekarang hanya pakai yamaha legenda 110....Tak pernah bawak lagi motor2 besar...RXZ pn tak penah...Tp sekarang dh ada bajet sikit..Kalau saya ambik Yamaha R1 sesuai tak bos? TQ

Assalamualaikum, tumpang tanya sikit pasal latest bike honda cbr250rr. Motor ni masuk Malaysia tak? Kalau nak beli dr Indonesia cemana ek?

R1 model 1000cc, horse power pun tinggi, admin yang berpengalaman pun ambil masa untuk betul2 cekap kendali R1, jika tak penah bawa cc lebih dari 250cc sebelum ini, lebih baik bermula dengan model R25, bila sudah cekap baru upgrade cc sedikit demi sedikit.

Ramai rider berpengalaman pun bermula dari cc bawah.

CBR 250 RR akan masuk cuma agak lewat, lebih baik beli model pemasangan tempatan dari import, kalau ada AP lebih mudah

Salam bro. Saya baru berjinak2 dalam permotoran cc yg besar. Jentera pertama yg saya miliki adalah benelli tnt 300 . disini saya harap agar bro dapat berkongsi cara penjagaan cc besar.


EmoticonEmoticon