Foto Pertama Yamaha YZF-R25 Tersebar - Bakal Debut Pertama Di Indonesia?

Telah tersebar di media internet seluruh dunia, TMC Blog telah menunjukkan foto pertama pandu uji Yamaha YZF-R25 di Indonesia baru ini. Dan sebelum ini ramai yang tidak percaya Yamaha akan produce model baru sports 250cc dan sekarang ianya hampir kenyataan.

Foto Pertama Yamaha YZF-R25 Tersebar

Yamaha Indonesia di jangka menjadi sebagai hub pertama pemasangan model R25 sebelum ke rantau negara Asean lain dengan model 300cc yang di beri tanda dagang YZF-R3 khusus untuk pasaran Eropah dan Amerika bakal melakukan debut selepas di Asia walaupun masih belum ada berita mengenai tarikh rasmi pelancaran R25.

Foto Pertama Yamaha YZF-R25 Tersebar

Rekabentuk yang sporty, tangki petrol lebih besar, rekabentuk rim Y-Shape, rangka yang ringan dan enjin 2 silinder yang di war-warkan sebelum ini, Yamaha YZF-R25 di jangka akan memberi saingan sengit kelas 250cc yang sebelum ini di dominasi Kawasaki, Honda dan KTM sekaligus memberi pilihan yang lebih meluas kepada peminat permotoran.

Foto Pertama Yamaha YZF-R25 Tersebar

Sudah pasti kita semua tidak sabar nantikkan kemunculan pertama Yamaha YZF-R25Sumber & Imej :  TMC Blog Pertamax7.com.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon