Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015 dan model ini pastinya tidak asing lagi dalam kancah permotoran di Malaysia, model 2 lejang terakhir dari Kawasaki ini bukan sahaja cukup popular di Indonesia dan Thailand, malah di Malaysia, Ninja ZX 150RR antara model pilihan bagi penunggang generasi Y yang begitu dahagakan jentera yang ringan dan berkuasa di samping tidak ada kompromi dari segi gaya, yang pastinya menjadi faktor utama sebagai pilihan untuk di jadikan jentera kegunaan harian.

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Tidak perlu di pertikaikan lagi, jentera yang di janakan enjin 2 lejang 150cc sejukan cecair, 6 gear kelajuan yang turut di lengkapi sistem Super KIPS ( Kawasaki Intergrated Power Valved System ) dan sistem HSAS ( High-Performance Secondary Air System ) mampu menghasilkan kuasa maksimum 21Kw/11000 rpm dengan tork maksimum mampu di capai setinggi 20Nm/9000rpm, dengan berat jentera hanya sekitar 134kg. Kawasaki Ninja ZX 150RR nyata antara mesin yang seimbang dari segi nisbah power to weight ratio yang menjadikanya antara mesin 2 lejang 150cc terbaru yang berkuasa.

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Facelift terbaru Ninja ZX150RR 2015 sememangnya menampilkan design moden seiring dengan perkembangan trend permotoran terkini, bahagian fairing facelift terbaru ini di reka lebih menampakkan ramping dengan ekor belakang lebih pendek bagi menampakkan gaya yang lebih maskulin, lampu depan di reka bentuk lebih tajam supaya pengcahayaan lebih fokus pada 1 titik dengan lebih maksima.

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Di datangkan dengan 3 warna dengan rekaan grafik baru hijau, kuning dan merah di samping warna edisi istimewa oren untuk model Ninja 150RR SE dan hijau putih untuk model Ninja 150RR 30th Anniversary Edition.

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Agak sayang kerana model Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015 dengan warna dan facelift baru ini masih belum memasuki pasaran Malaysia secara rasmi oleh Kawasaki Malaysia walaupun telah ada peminat permotoran yang mengunakan facelift baru ini di Malaysia dengan mengimport dari negara jiran.

Warna Terbaru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015

Kami yakin jika Kawasaki Malaysia membawa masuk facelift dan warna baru Kawasaki Ninja ZX 150RR 2015 pasti akan terus relevan sebagai pilihan no 1 jentera sports 150cc di Malaysia.

I'm Big Fan Of Motorcycles

1 comments so far


EmoticonEmoticon