Model Terbaru Suzuki GSX-R250 Dan Suzuki GSX-R1000 2016?

Check this out! adakah gambar di bawah ini model terbaru Suzuki GSX-R250 Dan Suzuki GSX-R1000 2016? Ya ini merupakan cover untuk edisi terbaru seterusnya majalah Young Machine dari Jepun - Selepas bertahun kini akhirnya penantian model terbaru GSX-R bakal realiti.

Dan dalam isu terbaru majalah mereka ini, tumpuan juga di berikan pada model GSX-R250 dan yang pasti GSX-R1000R. Tidak pasti samada ini hanyalah rekaan dari Young Machine semata-mata. Tetapi jika melihat kali pertama rupanya memang akan buat semua mata terpukau.

Model Terbaru Suzuki GSX-R250 Dan Suzuki GSX-R1000 2016

Seperti yang sudah di maklumkan oleh bos Suzuki bahawa model ini akan berada di pasaran 2016. Apa yang anda fikirkan apabila melihat wajah terbaru GSX-R1000 ini dan sensasi terbaru GSX-R250 ini? Pasti anda akan bersetuju bahawa ini gaya yang anda idamkan bagi sebuah motorsikal berkuasa hebat bukan?

Nampaknya Suzuki bakal bangkit kembali memanaskan pada tahun 2016 ini. Serius kami jatuh hati pada gaya GSX-R terbaru ini! Harap gaya ini sama seperti model yang akan di keluarkan pada 2016 dan 2017 ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far


EmoticonEmoticon