Yamaha Y15ZR 2015 Di Lancarkan, Harga Asas RM8000

Yamaha Y15ZR 2015 Di Lancarkan, Harga Asas RM8000 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada hari ini.

Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR 2015 fenomena baru Malaysia dengan harga asas RM8000 telah di lancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn.Bhd yang berlangsung dengan penuh meriah dan sangat di tunggu-tunggu oleh para peminat Yamaha seluruh Malaysia. 

Yamaha Y15ZR

Merupakan antara moped paling berkuasa dan terbesar dalam kelasnya, Yamaha Y15ZR 2015 merupakan sebuah moped yang di kuasakan enjin 150cc SOHC sejukan cecair yang berkuasa dengan penggunaan bahan api yang lebih cekap dan mesra alam dan merupakan model pengganti model Yamaha 135LC. Adakah Yamaha 135LC akan terus dalam pengeluaran?

Yamaha Y15ZR

Lebih di kenali sebagai Yamaha Exciter 150 di luar nagara Asean, Y15ZR boleh di istilahkan sebagai model yang di naiktaraf dari model sedia ada 135LC, masih mengekalkan sistem SOHC dan sejukan cecair, sistem pembakaranya adalah dari jenis suntikan bahan api mampu menghasilkan 15.4hp pada 8,500rpm kuasa tork 18.5Nm pada 7000rpm yang juga menyumbang pada penjimatan bahan api.

Yamaha Y15ZR

Lengkap dengan sistem brek cakera depan belakang dan sepasang tayar besar mengambarkan Y15ZR sebagai model yang cukup lincah dan berkuasa meratah selekoh dengan gabungan suspensi yang mantap.

Yamaha Y15ZR

Dari segi rekabentuk tidak boleh di sangkal Yamaha sememangnya menampilkan gaya moden tersendiri yang di gabungan faktor aerodinamik yang menyumbang kepada nilai estetika yang menarik perhatian di samping menyumbang kelancaran membelah angin yang lebih efisyen.

Yamaha Y15ZR

Walaupun kuasa kuda dan tork enjin secara keseluruhan meningkat tetapi kelajuan maksima yang di capai hanya sekitar 130kmj tetapi itu bukanlah perkara besar bagi para kaki modifikasi. Di datangkan dalam 3 warna pilihan merah, hitam dan biru. 

Yamaha Y15ZR

Harga asas yang Yamaha Y15ZR 2015 RM8000.00 (harga asas termasuk GST, insurans dan cukai jalan). Dengan reka bentuk yang begitu sporty dan menawan, Yamaha Y15ZR di jangka akan meneruskan kejayaan Yamaha 135LC. Sumber : sinarturbo

Yamaha Y15ZR

Spesifikasi Yamaha Y15ZR 2015

  • Overall motor length is 1970 mm.
  • Width reaches 670 mm.
  • Height up to 1080 mm.
  • High seating (seats) it is 780 mm.
  • The distance between the axle (2 wheels) which is 1290 mm.
  • Wet weight of the motor is 115 kg.
  • Distance bike to the ground is 135 mm.
  • Wearing 149,7cc engine capacity, 4 stroke, 4 Valve, SOHC (Single Overhead Camshaft), 1 cylinder with a liquid cooling system.
  • Diameter x 57 mm x step is 58.7 mm.
  • Comparison of the ratio of the engine comprehension namely: 10.4: 1.
  • The maximum power that is able to remove it is 11.3 kW (15.4 PS) / 8500 rpm and torque of 13.8 Nm maximal up (1.4 kgf.m) / 7000 rpm.
  • Lubricating oil capacity / the oil is 0.95 liters.
  • Fuel tank capacity is 4.7 liters belongs.
  • Ignition system in use is Digital (TCI).
  • Wearing gear transmission system with a 5-speed operation.
  • Wearing system framework of steel pipe-diamond (Diamond Steel).
  • The suspension in the front sector with telescopic shock absorbers use a single, while the rear uses sector monoshock suspension type.
  • Front tire size 70/90 - 17M / C 38P (type tubelees) and rear size 120/70 - 17M / C 58P (type tubelees).
  • Hydraulic front brake discs with a diameter of 245 mm, while for the rear brakes use hydraulic disc diameter of 203 mm.

    I'm Big Fan Of Motorcycles

    41 comments

    Malangnya tiada kick start disediakan serta single piston utk brek hadapan.

    Sekian,
    Putera

    Paling berkuasa dlm kelasnya? Habisla belang kena tinggal. Masih ada belang sbgai pesaing kapcai. Sohc vs dohc. 15.4 vs 16.9 hp

    dah berevolusi, makin canggih so banyak guna elektronik

    antara paling berkuasa dalam kelasnya, kena fahamkan maksud "antara" itu, belang tetap paling power

    Belang tu moto ape bro?

    belang tu motor pe bro? Bila y15zr ada dipasaran

    suzuki belang 150, y15zr kat pasaran hujung bulan ni dah ada kat kedai, nak booking pun dah boleh

    sabah&sarawak.. bila ada kt pasaran eh?

    hahaha, better bawe masuk Yamaha r3

    Yamaha r15 please buang masa bawak masuk moto cmny

    Kenapa harga cash termasuk insurans, gst dah jadi rm8800. Artikel dlm ni maklum rm8000 sahaja. Maaf, tumpang bertanya

    Gini bro, kami di beri info harga asas, harga asas bermaksud tidak termasuk caj insurans, cukai dan lain2

    Y15zr ni bukan power mana pun , dengan belang dah tentu kena ayam . Yang betul2 boleh fight belang honda sonic 150. Sekarang dah masuk dlm pasaran Indonesia

    Lambatnya nak dptkan model ini. 2 mInggu pun belum tentu keluar.

    Bro , auto clutch xda ker. Xreti bwk cluth punya..

    boleh dapatkan review dari owner tentang motor ni tak tuan moderator..thanks.

    tumpang tanya, full tank biasa berapa rm bro? dan berapa lama boleh tahan? ingat nak angkat satu for studies

    Nampak menarik features motor ni. Saya tolong bayar muka untuk anak saya ambil dengan Welly Selayang. Tak perlu "best, most powerful" etc. Motor ni untuk mengganti Honda Wave yang dia pakai sejak 2007. Waze ni okay dah kalau bawak dekat-dekat. Tapi dia kerap juga guna expressway, dan saya rasa Wave ni sangat-sangat underpowered.

    Tapi harga bukan RM8,000. Campur GST, itu-ini jadi RM9,000 lebih. Dah bagi peringatan kat dia - bawak berpada-pada sahaja, jangan laju-laju. Harap-harap dia dengar.

    enjin moped ni sama dengan FZ150 kan

    Encik seorang ayah yg baik.teringt dekat ayah sy belikan sy lc masa masuk u dlu:)

    Tpy bntuk belang x smart .. nk pegi racing haram ok laa

    Maaf mencelah bagi saya motor ni ok..ingat nak beli satu..tapi satu saya nak pesan kalau sesiapa nak beli motor ni untuk speeding or tapau motor lain..baik cancelkan sbb motor ni created for santai not 4 speeding..insyaallah tunggu masa je

    saya beli cash rm8600 kat melaka hujung bulan 12,,,,kalau kat kl and kat seremban rm8900 ke 9500 kene tapau,,and menyesal moto misyen bunyi kasar and tak laju langsung and sakit bontot bile jalan lebih 30minit,,,

    bro.. kesimpulan motor y15zr ni mcm mana la.? best for konvoi ka.. Pls respon.. apa kelebihan dan kekurangan..

    dengar2 HONDA versi 150 ni bla klua? kt internet namanya Supra X150 bukan Honda Sonix?

    Jaga2..barang racing y15zr makin brtambah..silap2 jadi mangsa motor belang

    rm8,000 trmasuk gst, road tax n insuran.. knapa aku g tgk kt kedai baru ni, harga body je yg rm8,000, bile trmasuk road tax n insuran jd 9,400? nasib baik x beli lg.. betulkan kalau sy ade silap.

    Kedai tipu nak untung lebih.. Klau nk ikutkn insurans dgn cukai jalan xsampai RM 500 lebih until motor cc 150

    Suzuki vs yamaha...yamaha atlease price x jtuh sgt bile jual.klau rase nk pakai smpi lebam blhla amik suzuki..hahaha kbye

    Hga motor y150 rm9900 bro area shah alam

    Honda winner 150, enjin DOCH, 6 speed..

    Kenapa bunyi injin kasar sangat.
    Macam ducati dah bunyinya

    This comment has been removed by a blog administrator.
    This comment has been removed by a blog administrator.
    This comment has been removed by a blog administrator.
    This comment has been removed by a blog administrator.
    This comment has been removed by a blog administrator.


    EmoticonEmoticon