Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017, Harga RM4,874

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017, Harga RM4,874 telah pun dilancarkan oleh pengedar motosikal Honda Malaysia iaitu Boon Siew Honda. Harga runcit yang di cadangkan adalah pada RM4,874.94, ini kapcai Honda edisi khas dengan kemasan cat khas dan juga beberapa aksesori lain.

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017

Apa yang unik ada pada Honda EX5 Dream Fi Limited Edition ini? Paling menyerlah tentulah sepasang sport rim yang di datangkan terus dari kilang, bak kata mat motor ori kilang bro... dan juga sepasang tayar tubeless. Ini adalah kenaikkan taraf yang agak terbaru pada model EX5 Dream, kerana tayar tubeless lebih tahan daripada tayar tiub standard yang di pasang pada sport rim.

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017

Honda Dream merupakan kesimbanbungan pada model-model Honda Cub yang mula menyerang jalan raya Malaysia sejak tahun 1950-an, Honda EX5 Dream Fi hari ini adalah kemuncak kepada 50 tahun kemunculan model kapcai. Jika peminat kapcai di Malaysia sudah pasti sport rim model ini akan jadi sesuatu yang "rare" bagi kelompok peminat kapcai tegar...

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017

Di Kuasakan enjin satu silinder 109.1 cc sejukan udara dan juga gabungan sistem suntikan bahan api Honda PGM-Fi, EX5 Dream di katakan mampu menjana kuasa kuda sebanyak 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm tork pada 6,000 rpm. Angka kuasa yang cukup bagus pada model sekecil ini.

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017

Dengan edisi ini kickstart terhad untuk versi EX5 Dream Fi, Boon Siew Honda berhasrat untuk memulakan trend cubs versi edisi terhad untuk peminat motorsikal di Malaysia. Honda EX5 Dream Fi Limited Edition juga di lengkapi dengan logo korporat Honda chrome, serta pemegang bar belakang chrome dan lampu yang di kemaskini lebih menarik dan jelas.

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017

Honda EX5 Dream Fi Limited Edition 2017 akan berada di pengedar bermula bulan Disember 2016, bermula di Pulau Pinang dan Kedah, di ikuti oleh seluruh negara pada harga runcit pada RM4,874.94, termasuk GST. Model standard Honda EX5 Dream Fi - dengan sport rim dan tayar tubeless di jual pda harga RM4,715.94 untuk kickstart, dan RM4,959.74 untuk model penghidup elektrik.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon