Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128 adalah harga permulaan yang cukup baik setelah model ini di lancarkan di Thailand.  Juga di kenali sebagai Honda Grom di beberapa pasaran negara lain, Honda MSX 125 adalah model baru Honda 2017 dalam kategori moto mini yang di reka untuk menarik golongan penunggang muda yang baru berjinak dalam permotoran.

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

Di kuasakan enjin satu silinder empat lejang 125 cc sejukan udara yang mematuhi peraturan Euro3, enjin kecil ini mampu menghasilkan 9.6hp pada 7,000 rpm dan 11 Nm tork pada 5,250 rpm, sistem suntikan bahan api Honda PGM-FI melancarkan kuasa dan menjimatkan petrol. Tangki bahan api adalah 5.7 liter dan sistem transmisi adalah 4 gear kelajuan.

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

Sistem suspensi depan MSX 125 dari jenis fork USD 31mm dan sistem monoshock di belakang, dengan hidraulik tunggal, sistem brek dari jenis cakera depan dan belakang dan roda bersaiz 12 inci. Walaupun kecil namun spesifikasi suspensi dan brek model mini cukup bagus seperti model berkuasa besar.

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

MSX125 di lengkapi dengan lampu LED pada depan belakang yang akan memberi penglihatan lebih jelas pada waktu siang dan semestinya lebih terang di waktu malam.pada mini moto ini, dengan papan pemuka LCD yang memberikan segala info yang di perlukan seperti tripmeters berkembar, tolok bahan api dan jam.

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

Berat basah bagi MSX 125 sekitar 102 kg, dan untuk model 2016/2017, penutup bahan api dan ekzos telah di reka semula bagi tujuan keselamatan dan rekabentuk lebih menarik. Dua pilihan warna boleh didapati untuk Malaysia - Hyper Yellow dan Burning Red.

Honda MSX 125 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga RM11,128

Honda MSX 125 boleh didapati dengan segera di cawangan Boon Siew Honda terpilih di Malaysia pada harga RM11,128.94 termasuk GST. Pesaing kepada Honda MSX 125 di Malaysia seperti Kawasaki Z125 Pro berharga RM10,435 dan Benelli TnT135 berharga RM8,469 termasuk GST baru-baru ini juga telah di lancarkan.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon