Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik telah di perkenalkan oleh Suzuki bagi meneruskan kesinambungan kehebatan model ikonik ini bagi pasaran seluruh dunia. Tanyalah pada peminat permotoran di mana sahaja, GSX-R750 bukanlah calang-calang jentera dan mempunyai reputasi yang hebat dekad tahun 90an dahulu.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Jika di litar perlumbaan World Superbike di tahun 90an dahulu, GSX-R750 antara pesaing hebat bagi Ducati 996R, Honda RVF750 dan Kawasaki Ninja ZX-R750. Model ini tidak pernah di hentikan pengeluaran dari tahun 80an lagi, malah setiap tahun GSX-R750 sentiasa di naik taraf bagi menjadikan model ini kekal relevan sebagai raja kelas 750cc.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Bagi tahun 2017, Suzuki seperti tiada sebab untuk menaik taraf kehebatan GSX-R750 ini kerana model sedia ada ini cukup bagus, tapi ura-ura menyatakan model ini akan menerima perubahan besar pada tahun akan datang seperti mana GSX-R1000, dan akan disusuli GSX-R750. 

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Sepertimana spesifikasi yang lepas, Suzuki GSX-R750 2017 kekal dengan kuasa enjin, sistem suspensi, sistem brek dan casis yang sama, malah rekabentuk juga sama. Namun di beri tiga pilihan warna baru iaitu skim warna putih dengan rim berwarna merah, skim warna kuning dan hitam, termasuklah skim warna MotoGP mesin GSX-RR.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Suzuki GSX-R750 2017 di jual pada harga asas yang disyorkan sebanyak $12,299 untuk pasaran USA, manakala untuk pasaran UK harga runcit yang di syorkan ialah sebanyak £9,999. Untuk pasaran UK juga, setiap pembelian GSX-R750 2017 akan di lengkapi sistem ekzos Yoshimura R11 yang memberikan gaya perlumbaan lebih bertenaga.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon