Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia oleh Hong Leong Yamaha Motor pada Ahad ini pada majlis makan malam di Genting Highlands, Pahang bersama wakil pengedar dan jualan Yamaha, seperti info yang telah di terima.

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Yamaha Ego Solariz masih menggunakan enjin yang sama seperti model Ego Avantiz dengan enjin empat lejang  125cc berkuasa 7kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm dengan transmisi gear automatik 4-kelajuan.

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Dimensi Yamaha Ego Solariz ini adalah sama seperti Mio M3, jarak roda berukuran 1,260mm, panjang 1,870mm, tinggi 1,035mm dan lebar 685mm. Ego Solariz juga lebih lebar 5mm dan tinggi 35mm berbanding Ego Avantiz dengan anggaran berat sekitar 110kg.

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Yamaha Ego Solariz turut di lengkapi brek cakera pada roda depan dan belakang yang berukuran saiz 14 inci dengan tayar lebar depan 70/90 dan belakang, 80/90. Kuasa berhenti di pertingkatkan sedikit.

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Ego Solariz telah pun berada di pasaran Indonesia dengan nama Yamaha Mio M3, dan bukan Mio Z walaupun spesifikasi kedua-duanya adalah sama. Namun, apa yang membezakan dua jentera itu ialah Mio M3 dan Mio Z menampilkan warna dan corak grafik yang lebih menarik.

Yamaha Ego Solariz Bakal Di Lancarkan Di Malaysia

Harga bagi model baru Yamaha 2017 ini masih belum di ketahui, untuk pengetahuan harga Yamaha Ego Avantiz sekitar RM5,717 di Malaysia, dari info harga Ego Solariz mungkin lebih mahal sedikit dari Ego Avantiz. Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi dari Ahad ini. Sumber Imej : PanduLaju

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon