Yamaha FZ 250 Baru Di Pasaran India Pada 24 Januari 2017

Yamaha FZ 250 Baru Di Pasaran India Pada 24 Januari 2017? ya itulah yang di nyatakan dari sumber info permotoran dari India. Mengapa Yamaha FZ 250 baru akan produce di India dahulu? jawapannya kerana pasaran motorsikal berkuasa 250cc di sana kini semakin berkembang, boleh di katakan India mempunyai market no dua terbesar di Asia selepas Indonesia.

2017 Yamaha FZ 250

Terkini Yamaha Motor India telah pun mengeluarkan teaser FZ 250 yang di jangka akan di lancarkan pada 24 Januari 2017 ini. Menyentuh mengenai spesifikasi FZ 250 ini, Yamaha Motor India tidak menyatakan secara detail, namun mungkin enjin sekitar 250cc ke 300cc berdasarkan silinder tunggal seperti dalam rajah.

2017 Yamaha FZ 250

Yamaah FZ 250 sememangnya mirip seperti model Fazer 250 yang di jual di Brazil, mungkin ini gambaran paling tepat mengenai specs FZ 250, mampu menghasilkan 20.7 PS dengan kuasa maksimum pada 8000 rpm dan 20.5Nm kuasa tork puncak pada 6500 rpm dengan sistem suntikan bahan api.

2017 Yamaha FZ 250

Rekabentuk sememangnya mampu menarik perhatian dan ini adalah kepakaran Yamaha, lampu depan mirip model Xabre, sistem suspensi seperti biasa mengunakan fork teleskopik depan dan monoshock di belakang. Sistem brek cakera depan belakang.

2017 Yamaha FZ 250

Apa yang membezakan model Yamaha India dan model Yamaha di Asia lain walaupun dari varian yang sama adalah casis atau kerangka yang di guna. Jika anda teliti Yamaha Motor India cenderung menguna casis jenis berlian seperti model Yamaha RXZ, tetapi di pasaran lain ianya mengunakan casis jenis tubular frame.

2017 Yamaha FZ 250

Bagaimana pun ianya bukan persoalan besar kerana mungkin faktor geografi dan Yamaha pasti ada sebab tertentu mengenai perbezaan ini. Lain-lain menarik seperti paparan meter jenis digital, lampu belakang jenis LED dan grafik menarik.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon