Yamaha MT-07 2017 Dengan Dua Warna Baru Lebih Menarik

Nampaknya Hong Leong Yamaha Malaysia sudah mula agresif dengan mengemaskini model-model keluaran mereka, terkini Yamaha MT-07 2017 hadir dengan dua warna baru lebih menarik bagi menarik penunggang baru dalam segmen kelas naked pertengahan ini.

2017 Yamaha MT-07 Yamaha Blue

Selepas mengumumkan untuk melancarkan model skuter terbaru Ego Avantiz, Yamaha MT-07 model tahun 2017 untuk pasaran Malaysia telah di kemaskini dengan pilihan dua skim warna terbaru iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue.

2017 Yamaha MT-07 Yamaha Blue

Dua skim warna Night Fluo dan Yamaha Blue bukanlah warna baru tetapi sebelum ini telah pun di perkenalkan di pasaran Eropah. Dua pilihan warna lain MT-07 2017 yang di tawarkan di pasaran Eropah ialah Tech Black dan Competition White.

2017 Yamaha MT-07 Night Fluo

Yamaha MT-07 di lengkapi enjin empat lejang 2 silinder berkembar DOHC 16 injap, sejukan cecair dan suntikan bahan api dengan transmisi 6 kelajuan mampu menghasilkan kuasa maksimum 74.8PS @ 9,000rpm dan tork maksimum 68Nm @ 6,500rpm. Model ini cukup berkuasa dan lincah dalam kelasnya.

2017 Yamaha MT-07 Night Fluo

Harga asas Yamaha MT-07 2017 ialah RM36,795 termasuk GST, dan MT-07 2017 dengan dua skim warna baru ini bakal tiba di bilik pameran Yamaha mulai pertengahan bulan ini. Berkenan meliha warna biru ini...

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon