Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000 oleh PT Astra Honda Motor (AHM) yang merupakan pemegang jenama motosikal Honda di Indonesia. Serentak dengan perasmian pasukan Repsol Honda Team 2017.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Sejak CBR 250RR di lancarkan di Indonesia pada 2016 lalu, CBR 250RR telah menjadi penanda aras baru bagi model kategori kelas Sportbike. Merupakan model paling ringan dalam kelasnya dengan berat hanya 165 kg untuk versi standard (STD) dan 168 kg untuk versi ABS. Kuasa kuda dan rpm enjin juga lebih tinggi mengatasi Yamaha YZF-R25. Sehinggakan Yamaha dan Kawasaki tidak menunggu lama dengan mendedahkan rekaan terbaru YZF-R25 dan Ninja 250.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Sebelum ini PT Astra Honda Motor hanya mengeluarkan tiga varian warna CBR 250RR iaitu Anchor Graymetallic, Honda Racing Red dan Mat Gunpowder Black Metallic dan harga di pasaran Indonesia ialah Rp 72.000.000 bersamaan RM24,000 mengikut tukaran wang semasa sekarang. Dan edisi terhad Repsol Edition ini merupakan warna keempat bagi CBR 250RR tahun ini.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Honda CBR250RR di kuasakan enjin 250cc 4-lejang dua silinder sebaris DOHC 8-injap sejukan cecair generasi baru yang mampu menjana kuasa 28.5 kW (38.7PS) / 12.500 rpm dan kuasa tork maksimum sehingga 23.3 Nm (2.4 kgf.m) / 11.000 rpm.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Istimewa mengenai CBR 250RR Repsol Edition yang di datangkan terhad hanya 1000 unit di keluarkan, ianya di lengkapi dengan aksesori tulen dari Honda Genuine Accesories (HGA) terdiri dari single seat cowl, hugger buatan karbon dan hand guard.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Pasti ramai peminat di Malaysia tertanya adakah CBR250RR akan masuk pasaran Malaysia? Malah dari survey yang di lakukan memang ramai peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan CBR 250RR di pasaran tempatan sehinggakan ada sesetengah pihak berang dengan polisi kemasukkan motorsikal di Malaysia yang di katakan agak lewat membawa masuk model baru ke Malaysia.

Honda CBR 250RR Repsol Edition Di Lancarkan, Terhad 1000 Unit, Harga RM24,000

Dari info Honda CBR 250RR akan di bawa masuk ke Malaysia, cuma tarikh dan pelancaran rasmi masih tidak dapat di pastikan lagi. Bagi kami mungkin inilah waktu tepat CBR 250RR patut berada di pasaran Malaysia ketika ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

1 comments so far

Harga yang kompetetif.

http://bikeforrentkl.blogspot.my/
Sewa Motor di kL


EmoticonEmoticon