KTM Duke 200, KTM Duke 250 Dan KTM Duke 390 2017 Di Lancarkan Di India

KTM Duke 200, KTM Duke 250 Dan KTM Duke 390 2017 Di Lancarkan Di India dengan beberapa perubahan dan kemas kini terbaru. Reka bentuk yang mengambil inspirasi daripada model Duke terhebat KTM iaitu - SuperDuke 1200.

Pelancaran itu termasuk model KTM Duke 200 dan Duke 390 2017 yang di kemasini dan pengenalan model serba baru - KTM Duke 200.

Perubahan kepada gaya yang lebih tajam daripada sebelum ini yang di lengkapi dengan lampu kelompok LED baru dengan LED Daytime Running Lights (DRLs). Tangki bahan api kini lebih besar dengan kapasiti 13.5 liter, berbanding dengan 10.5 liter model sebelum ini. Meter paparan TFT warna baru yang boleh di sambungkan ke telefon pintar anda melalui aplikasi, dan sememangnya ini cukup hebat!

KTM Duke 200, KTM Duke 250 Dan KTM Duke 390 2017 Di Lancarkan Di India

KTM Duke 390 di kuasakan enjin satu silinder satu silinder 373cc yang di lengkapi dengan suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair dan mampu menjana kuasa kuda sebanyak 43.5hp. Dalam usaha menjadikan enjin 390 Duke ini mematuhi peraturan BS IV emission, Duke 390 di lengkapi dengan ekzos baru dan mendapat teknologi menunggang ride-by-wire.

KTM Duke 390 baru di lengkapi dua bahagian kerangka jenis terellis baru dengan fork depan jenis USD bersaiz 43mm yang boleh di laras mampatan dan lantunan. Brek depan juga telah di kemaskini dengan pengunaan cakera bersaiz 320mm.

KTM Duke 200 walaupun tidak di kemas kini seperti Duke 390. Enjin Duke 200 kini lebih mematuhi peraturan BS-IV dan mampu menajan 25 kuasa kuda dan 19 Nm tork daripada enjin satu silinder 200cc yang di lengkapi dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api. Perubahan-perubahan lain termasuk perubahan grafik badan dan warna rim yang sama seperti model 390 Duke.

Dari segi rupa, ianya sama dengan 390 Duke yang turut mengambil inspirasi gaya dari SuperDuke 1200. Dengan fairing tajam dan lampu LED, sistem ride-by-wire dan meter berwarna TFT seperti 390 Duke. Duke 250 menggunakan kelompok instrumen seperti yang di Duke 200 sebaliknya.

KTM Duke 200 dan Duke 390 mendapat rim oren, tetapi skim warna sedikit berbeza berbanding dengan 390 Duke. Manakala Duke 250 mendapat rim berwarna hitam.

KTM Duke 200, KTM Duke 250 Dan KTM Duke 390 2017 Di Lancarkan Di India

KTM Duke 250 di kuasakan enjin satu silinder 250cc sejukan cecair dengan suntikan bahan api dan mampu menjana 30 kuasa kuda dan 24 Nm tork, di padankan dengan transmisi enam kelajuan dan slip klac, yang akan membantu penunggang menukar gear dengan lebih pantas dan agresif. KTM Duke 250 mendapat cakera brek depan baru 300 mm 230 mm di belakang. Menariknya, Duke 250 mendapat tayar MRF RevZ C1 dan bukan Metzelerr seperti Duke 390.

Yang menghairankan, walaupun Duke 200 di naik taraf dan Duke 250 adalah model baru, tatpi ianya sedikit ketinggalan tanpa sistem Anti-Lock Braking (ABS). KTM berkata motor ini tidak menawarkan tahap prestasi seperti Duke 390, dan oleh itu ia tidak perlu dan ia membantu KTM untuk meletakkan harga motosikal sedikit lebih kompetitif.

Untuk peminat KTM di Malaysia, anda boleh sudah berkira-kira dan bersedia dengan barisan baru KTM Duke 200, Duke 250 dan Duke 390 yang lebih mantap dari segi rekabentuk yang segar dan juga prestasi lebih baik.

I'm Big Fan Of Motorcycles

4 comments


EmoticonEmoticon