Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Benelli TRK 502 2017 dengan harga asas RM30,621 merupakan satu lagi senjata Benelli Malaysia bagi menyerang setiap segmen permotoran Malaysia dalam kategori dual purpose middleweight. Setelah melancarkan moped 150cc RFS 150i dan juga model 302R untuk segmen pasaran sportbike.

Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Spesifikasi Benelli TRK 502 2017 cukup hebat bagi sebuah mesin dual purpose kelas pertengahan ini, di kuasakan enjin serba empat lejang, dua silinder berkembar OHC lapan injap sejukan cecair 500 cc, dengan suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa kuda maksimum 47hp pada 8,500 rpm dan kuasa tork maksima 45Nm pada 5000 rpm, dengan kuasa di kawal melalui kotak gear enam kelajuan. 

Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Di reka sebagai sebuah mesin yang versatile, enjin TRK 502 di reka untuk memberi banjaran kuasa tork yang rata untuk memberi tindak balas enjin yang lebih baik. Dengan tangki mampu memuatkan 20 liter petrol mampu menempuh perjalanan jauh dengan selesa.

Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Dari segi pengendalian, TRK 502 mengunakan fork depan jenis terbalik berukuran 150mm yang boleh di laras dengan suspensi monoshock belakang yang berukuran 45 mm juga turut boleh di laras pra beban. Sangat penting bagi mesin dual purpose untuk mempunyai fungsi ini, dan penting ketinggian tempat duduk TRK ini adalah 815mm. dengan berat kering 210kg.

Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Sistem brek TRK 502 cukup baik dengan unit kaliper omboh berkembar dengan disc berkembar bersaiz 320mm diameter di depan dan disc tunggal di belakang 260 mm, tidak di lupakan unit ABS adalah standard.

Benelli TRK 502 2017, Harga Asas RM30,621

Bukan hanya satu tapi Benelli turut melancarkan tiga versi bagi model TRK 502 ini sekaligus bagi menambah pilihan bakal pemilik mesin serbaguna ini iaitu TRK 502 SP yang lengkap dengan hard case panniers berharga RM31,681 dan TRK 502 SP2 dengan tambahan top box pada harga RM32,423. Pilihan yang cukup baik bagi penunggang yang sukakan aktiviti touring di hujung minggu.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon