Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini?

Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini? adakah benar atau hanya spekulasi semata-mata sepertimana model Modenas TTR 200 yang menarik minat ramai peminat permotoran Malaysia tetapi akhirnya kecewa apabila model cafe racer yang cukup mengiurkan itu tidak menjadi kenyataan.

Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini?

Namun ada perkhabaran baik dari Modenas apabila ura-ura menyatakan Modenas bakal lancarkan tiga model sekaligus pada tahun ini dan bakal di realisasikan setelah kerjasama Modenas dan Bajaj Auto Limited dari India yang bakal berkolobrasi untuk Modenas rebadge kembali model-model dari Bajaj yang akan di pasarkan di Malaysia dan juga negara-negara Asean.

Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini?

Di katakan bakal menampilkan model naked dan sportbike Pulsar NS200 dan Pulsar RS200, Modenas akhirnya bakal melengkapkan satu lagi model dari kelas cafe racer iaitu Bajaj V, cuma tidak pasti varian mana yang akan di ketengahkan Modenas.

Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini?

Di India model cafe racer Bajaj yang popular adalah Bajaj V12 dan Bajaj V15 dengan enjin 125cc dan 150cc empat lejang. Kami anggarkan pakej enjin ini terlalu kecil dan pasti peminat mahukan yang lebih dari enjin cafe racer ini, mungkin 200cc permulaan yang cukup baik?

Modenas Bakal Lancar Model Cafe Racer Bajaj V Tahun ini?

Bagaimanapun kita tunggu pengumuman Modenas terhadap ketiga-tiga model ini, kami pasti Modenas pasti tidak akan menghampakan peminat cafe racer Malaysia kali ini. Pendekatan Modenas kali ini cukup agresif walaupun sekadar menampilkan model rebadge, Modenas kini mula melangkah untuk arus persaingan perdana di Asean. Cafe racer Modenas Bajaj V bakal di realisasikan?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon