Yamaha M-Slaz Kini Tiba Di Malaysia?

Yamaha M-Slaz Kini Tiba Di Malaysia? Benar memang Yamaha M-Slaz kini telah berada di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd di Sungai Buloh Selangor... tapi sebelum itu jangan anda fikir ianya akan di lancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini. 

Yamaha M-Slaz Di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd

Tetapi menurut sumber dari Hong Leong Yamaha Malaysia sendiri, ianya hanya seunit M-Slaz di bawa masuk sebagai model display yang akan di pamerkan pada pusingan-pusingan Siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di seluruh Malaysia tahun ini, display for survey? ya mungkin...

Yamaha M-Slaz Di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd

Siri kejuaraan Cub Prix sudah pasti menjadi medan paling tepat bagi mendedahkan M-Slaz yang sememangnya di cipta khusus buat penunggang baru yang muda dan agresif, apatah lagi kelompok penunggang ini juga merupakan antara peminat siri perlumbaan tersohor di Malaysia ini.

Yamaha M-Slaz Di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd

Hong Leong Yamaha Malaysia sudah pasti mendapat maklum balas yang cukup baik dari peminat permotoran di Malaysia ketika Yamaha M-Slaz di lancarkan pada 2016 lalu. Namun sejauh mana perhatian peminat tempatan kepada M-Slaz ini sudah pasti akan di ketahui dengan lebih teliti apabila M-Slaz ini di pamerkan di kejuaraan Cub Prix akan datang.

Yamaha M-Slaz Di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd

Sedikit mengenai spesifikasi Yamaha M-Slaz, ianya di kuasakan enjin satu silinder 149cc SOHC, 4 injap sejukan cecair dan suntikan bahan api. Kuasa kuda maksimum 16.8 bhp @ 8500 rpm dan kuasa tork maksimum 15Nm @ 7500 rpm. Beza dengan Yamaha FZ150 yang hanya mempunyai 5 gear, M-Slaz di lengkapi kotak gear 6 kelajuan.

Yamaha M-Slaz Di kompleks Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd

Adakah Yamaha M-Slaz akan di lancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat? kita hanya mampu menunggu dan menunggu... jika ianya kenyataan, kita berharap Hong Leong Yamaha Malaysia menampilkan warna dan grafik baru Yamaha M-Slaz lebih hebat.

I'm Big Fan Of Motorcycles


EmoticonEmoticon