Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd baru-baru ini setelah sebelum ini gah dengan pelancaran model moped RFS 150i, 302R bagi segmen sportbike dan TRK 502 untuk segmen dualpurpose, nyata kehadiran Benelli Leoncino menghadirkan satu lagi senjata ampuh buat Benelli bagi memikat peminat baru permotoran Malaysia.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Benelli Leoncino 500 menggabungkan tradisi, mitos, semangat permotoran Itali dengan gaya kontemporari serta innovasi dan prestasi terkini yang menyumbang kepada sejarah jenama Benelli sendiri. Dan kini Benelli kembali gah dalam arus perdana permotoran dua roda terkini.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Benelli Leoncino 500 di kuasakan enjin 500cc dwi silinder empat lejang DOHC lapan injap, sejukan cecair dengan suntikan bahanapi kawalan elektronik mampu menghasilkan kuasa kuda maksima 47hp pada 8500rpm dengan penghasilan tork maksima 45Nm. Sistem klac adalah dari jenis hidraulik dengan kotak gear 6-kelajuan.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Di mantapkan dengan pengunaan casis jenis terellis, suspensi hadapan dari jenis USD bersaiz 45mm di padankan lengan ayun belakang dengan penyerap kejutan jenis sisi. Kuasa berhenti lengkap dengan sistem ABS yang mengawal kaliper brek hadapan jenis empay angkup yang mencengkam cakera bersaiz 320mm dan dengan cakera bersaiz 260mm satu angkup pada roda belakang. Leoncino 500 menggunakan rim aloi bersaiz 17’ dengan tayar bersaiz 120/70-ZR17 di hadapan, dan 160/60-ZR17 di belakang bagi memantapkan lagi gaya di samping pengendalian.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Paparan meter adalah dalam bentuk digital dan lampu utamanya dari jenis projektor dengan teknologi LED. Leoncino 500 serba baharu ini membawa konsep gaya asal motorsikal klasik yang menjanjikan gaya sporty dan tunggangan yang mengujakan. Mudguard hadapan menarik dengan ikon Singa Pesaro tersergam. Tangki petrol dan tempat duduk di reka cukup menarik bagi keselesaan di samping visual yang hebat.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd En. Asri Ahmad berkata, “Leoncino 500 di jadualkan sebagai salah satu motorsikal yang akan tiba di Malaysia. Ia akan menjadi sebuah model yang mudah di dapati dengan harga yang kompetitif yang akan di umumkan kemudian.” Benelli Leoncino 500 ini akan mula di tawarkan oleh Benelli Malaysia pada separuh kedua tahun 2017 ini.

Benelli Leoncino 500 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Benelli Malaysia juga turut mengumumkan bahawa Benelli Malaysia akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam selain negara ASEAN yang berhampiran turut dalam sasaran pasaran. Untuk maklumat lanjut tentang Benelli Malaysia, sila layari laman sesawang www.benelli.my atau laman Facebook Benelli Malaysia.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon