KTM Bangunkan Model Duke Berkuasa Elektrik

KTM Bangunkan Model Duke Berkuasa Elektrik dan ini bukan kali pertama KTM telah bereksperimen dengan motosikal elektrik dan salah satunya adalah model KTM Freeride E yang terdapat di pasaran terpilih (memang tidak ada di Malaysia). Dengan spyshot yang berjaya di dedahkan, ini adalah satu langkah yang cukup besar ke hadapan untuk jenama Austria dan juga model janaan elektrik kelas sederhana.

Menggunakan casis model KTM 390 Duke untuk menempatkan bateri, invernter dan motor, motorsikal elektrik KTM (namanya KTM E-Duke buat masa ini) nampak seperti tak berapa kemas tapi itu kebiasaan bagi model ujian jalanan, tetapi apa yang kita mahukan adalah hasil selepas ujian ini, sudah tentu KTM nakkan kejayaan.

KTM Bangunkan Model Duke Berkuasa Elektrik

Mengapa KTM 390 Duke di piliha sebagai model format untuk KTM E-Duke? simple... mungkin KTM faham bahawa Duke model yang cukup serbaguna dan mudah di kendalikan terutama jika anda jenis kaki cilok atau mencelah di kawasan bandar. Dengan keadaan harga bahan api semasa yang turun naik, KTm sudah pasti mahu menjadi pengeluar pertama yang merealisasikan motorsikal berkuasa elektrik dengan harga yang kompetitif yang boleh di terima ramai.

KTM boleh di ibaratkan seperti Mcdonald's, bukan sahaja pakar mengetahui keadaan perkembangan situsi ekonomi sesuatu pasaran, malah untuk masa depan. Pasaran seperti India adalah lebih baik patut bagi model KTM E-Duke, daripada berkata Amerika Syarikat atau Eropah.

Mari kita lihat sedikit spesifikasi KTM E-Duke, dengan radiator besar jelas di lihat ianya menunjukkan ianya adalah enjin sejukan cecair, tetapi boleh jadi juga ianya adalah komponen yang menampung air bateri yang bertindak sebagai sejukan cecair? Lebih menarik lagi, KTM nampaknya telah merangkumkan reka bentuk kotak gear, dengan penutup klac di lihat di sebelah kanan mesin, dan tuil klac dan shifter hubungan di sebelah kiri motosikal.

Inventer dan motor kelihatan dalam casing tunggal, dan mungkin KTM meneruskan reka bentuk PMAC motor elektrik, reka bentuk yang sama digunakan pada versi pengeluaran barisan model KTM Freeride E.

KTM Bangunkan Model Duke Berkuasa Elektrik

Dari segi ciri-ciri spesifikasi utama, mustahil untuk mendapat data penuh dari gambar spyshot ini, tetapi penggunaan casis KTM 390 Duke memberikan kita beberapa petunjuk bahawa KTM sedang membina mesin dengan output yang sama dan berat dengan 390 Duke dengan kemampuan yang sama.

Kemungkinan trend pengeluar akan mula membina model motorsikal elektrik berkuasa sederhana tidak mustahil di lihat untuk tiga tahun akan datang, mungkin KTM E Duke adalah model aras sebagai kayu pengukur. Jika KTM berjaya, kita akan melihat revolusi hebat motorsikal. Sumber : Asphalt & Rubber

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon