Teaser Dua Model Terbaru Modenas 2017

Teaser Dua Model Terbaru Modenas 2017 yang di jangka akan memasuki semula pasaran Malaysia pada tahun 2017 secara besar-besaran, yang di jangka akan di jadualkan pelancaran pada 19 Mei ini. Walaupun butiran rasmi agak kabur pada masa ini, melalui Twitter rasmi Modenas, kemungkinan ianya adalah motosikal satu silinder 150cc hingga 250cc.

Teaser Dua Model Terbaru Modenas 2017

Jika di lihat dengan lebih dekat, nyata ianya adalah model Pulsar NS200 dari Bajaj yang cukup berjaya di India. Berharga 96.453 rupee India (RM6,507), Pulsar NS200 di kuasakan enjin dengan 23.5 PS pada 9,500 rpm dan 18.3 Nm tork pada 8,000 rpm. Angka kuasa yang cukup baik bagi sebuah model satu silinder 250cc dengan sejukan cecair.
  
Teaser Dua Model Terbaru Modenas 2017

Pulsar NS200 bakan menjadi mesin pertama hasil dari kerjasama antara Modenas dan pengeluar motosikal Baja Auto India. Di India, Pulsar NS200 datang dalam tiga pilihan warna - Mirage White, Wild Red dan Grafit Hitam.

Bukan hanya model streetbike, Modenas juga turut mensasarkan model fairing penuh berdasarkan Pulsar RS200 dari Bajaj, ini bermakna kedua model baru Modenas dalam kategori 'racer stle sportbike' sesuatu pasaran baru bagi pengeluar motosikal Malaysia.


Dari segi spesifikasi, Pulsar RS200 di kuasakan enjin satu silinder, tiga palam pencucuh, sejukan cecair yang mampu menghasilkan 24.5 PS pada 9,750 rpm, dan 18.6 Nm tork pada 8,000 rpm. Dengan suntikan bahan api, RS200 mempunyai lebih dari 1 kuasa kuda dari NS200.

Teaser Dua Model Terbaru Modenas 2017

Di lengkapi dengan lampu jenis Twin projektor dan lampu belakang jenis LED pada ekor belakang. Berat bagi Pulsar RS200 di anggarkan 165 kg, dan ianya angka yang tepat bagi model suku liter sportbike. Terdapat dua pilihan warna di India untuk Pulsar RS200 - Grafit Hitam Dan Racing Blue. Di New Delhi, India, 2017 Pulsar RS200 dijual pada 133.883 rupee (RM9,021)

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon