Showing posts with label Supersports. Show all posts
Showing posts with label Supersports. Show all posts

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik telah di perkenalkan oleh Suzuki bagi meneruskan kesinambungan kehebatan model ikonik ini bagi pasaran seluruh dunia. Tanyalah pada peminat permotoran di mana sahaja, GSX-R750 bukanlah calang-calang jentera dan mempunyai reputasi yang hebat dekad tahun 90an dahulu.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Jika di litar perlumbaan World Superbike di tahun 90an dahulu, GSX-R750 antara pesaing hebat bagi Ducati 996R, Honda RVF750 dan Kawasaki Ninja ZX-R750. Model ini tidak pernah di hentikan pengeluaran dari tahun 80an lagi, malah setiap tahun GSX-R750 sentiasa di naik taraf bagi menjadikan model ini kekal relevan sebagai raja kelas 750cc.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Bagi tahun 2017, Suzuki seperti tiada sebab untuk menaik taraf kehebatan GSX-R750 ini kerana model sedia ada ini cukup bagus, tapi ura-ura menyatakan model ini akan menerima perubahan besar pada tahun akan datang seperti mana GSX-R1000, dan akan disusuli GSX-R750. 

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Sepertimana spesifikasi yang lepas, Suzuki GSX-R750 2017 kekal dengan kuasa enjin, sistem suspensi, sistem brek dan casis yang sama, malah rekabentuk juga sama. Namun di beri tiga pilihan warna baru iaitu skim warna putih dengan rim berwarna merah, skim warna kuning dan hitam, termasuklah skim warna MotoGP mesin GSX-RR.

Suzuki GSX-R750 2017 Dengan Tiga Warna Baru Menarik

Suzuki GSX-R750 2017 di jual pada harga asas yang disyorkan sebanyak $12,299 untuk pasaran USA, manakala untuk pasaran UK harga runcit yang di syorkan ialah sebanyak £9,999. Untuk pasaran UK juga, setiap pembelian GSX-R750 2017 akan di lengkapi sistem ekzos Yoshimura R11 yang memberikan gaya perlumbaan lebih bertenaga.

Yamaha YZF-R6 2017 Di Lancarkan Di AIMExpo Orlando Florida

Yamaha YZF-R6 2017 Di Lancarkan Di AIMExpo Orlando Florida dan ini satu kejutan kerana Yamaha seolah akan melancarkan R6 baru ini di INTERMOT Jerman baru-baru ini.

2017 Yamaha YZF R6

Ianya perubahan yang cukup besar seperti YZF-R1M, Yamaha mendakwa bahawa kecekapan aerodinamik R6 baru telah meningkat sebanyak 8 peratus, peningkatan yang ketara yang menjadikannya motosikal pengeluaran yang paling aerodinamik yang pernah di buat oleh syarikat ini.

2017 Yamaha YZF R6

Kowling depan di reka semula, dan ianya mirip model MotoGP Yamaha M1! dengan lampu utama di tepi, signal jenis LED di gabung dengan cermin sisi. Ekor dan seat belakang di reka semula bersama subframe dari jenis die-cast magnesium.

2017 Yamaha YZF R6

Walaupun mengunakan powerplant yang sama, R6 di sokong traction control system dengan 6 kawalan, ada lagi Yamaha’s D-Mode System yang menawarkan 3 pemetaan tindak balas pendikit yang berbeza, electronic quick-shifter pula hanya sebagai peralatan aftermarket pilihan.

2017 Yamaha YZF R6

Suspensi dan brek R6 juga jenis baru, menerima unit fork depan USD KYB 43mm - sebelum ini 41mm dengan gandar 25mm sama seperti R1 yang memberikan kawalan brek ke dalam selekoh dengan lebih jitu.

2017 Yamaha YZF R6

Tangki bahan api aluminium mampu menampung 2.7 pound petrol dengan rekabentuk membenarkan lutut lebih rapat ke dalam hasil dari subframe casis yang lebih ramping ringan, faktor utama aerodinamik R6 ini. 

2017 Yamaha YZF R6

Panel instrumen baru mengekalkan meter takometer analog yang di gabung bacaan TCS ke dalam panel info LCD.

2017 Yamaha YZF R6

Yamaha YZF-R6 2017 di tawarkan dalam tiga warna yang berbeza - Intensity White / Matte Silver, Matte Raven Black, dan Team Yamaha Blue - dan akan di jual pada harga $ 12,199 atau RM51,333.32... bukan harga yang menerujakan tapi gaya dan prestasinya...

2017 Yamaha YZF R6

Ducati SuperSports 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT

Ducati SuperSports 2017 Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman dan model ini boleh di katakan antara tumpuan dan bintang yang menyerlah untuk pameran pemerdagangan terkenal di Eropah ini walaupun Ducati hanya meletakkan 1 saja model serba baru kali ini.

Ducati SuperSports S 2017

Ducati SuperSport kembali lagi tahun 2017. Seperti di jangka, Ducati SuperSport 2017 akan datang dalam dua model, model asas SuperSport dan model SuperSport S dengan specs lebih tinggi.

Ducati SuperSports S 2017

Kedua-dua model SuperSports menggunakan enjin v-twin 937cc, sejukan cecair berkuasa 113bhp sama seperti model Ducati Hypermotard 939. Ducati juga telah menggunakan casis terellis untuk SuperSport, yang kelihatan hampir sama pada model Ducati Monster.

Ducati SuperSport 2017

Jelas sekali, fairing depan rekaan dari model superbike Panigale itu. Tumpuan Ducati pada model SuperSport untuk menambah pilihan model jalanan yang sporty yang boleh pergi di trek perlumbaan, tetapi lebih baik untuk jalanan biasa, melayan selekoh-selekoh di pergunungan lebih menarik kan?

Ducati SuperSport 2017

Ducati berharap model SuperSport akan menjadi pilihan pada penunggang yang masih mencari sesuatu istimewa dalam kategori ini. Windscreen boleh di laraskan dengan tangan, dan lapu LED untuk perjalanan siang hari.

Ducati SuperSport 2017

Kedudukan penunggang duduk agak tegak, mungkin hendal clip-on lebih tinggi, manakala ketinggian tempat duduk adalah 31.8 inci, dan lean angle maksimum adalah 48 °. Tangki bahan api 4.2 gelen yang (16 liter) cukup untuk tunggangan lebih lama. 

Ducati SuperSport 2017

Sistem elektronik pada kedua-dua model Ducati SuperSport 2017 termasuk brek ABS, traction control system, three riding modes. Sementara itu, semua sistem suspensi adalah jenis boleh laras sepenuhnya.

Ducati SuperSport 2017

Sudah tentu, Ducati SuperSport mempunyai fork Marzocchi dan monoshock belakang jenis Sachs, manakala Ducati SuperSport S dengan unit Öhlins.

Ducati SuperSport 2017

Ducati SuperSport S juga mempunyai quickshifter up-and-down, yang boleh di tambah pada model asas SuperSport. Ducati SuperSport 2017 di datangkan dengan varian warna Merah/Kelabu, Merah/Hitam dan versi S datang dengan pilihan warna Merah/Matt, Hitam atau Putih.

Ducati SuperSport 2017

Harga Ducati SuperSports di Eropah adalah 10,995 pound atau RM58,000 untuk model SuperSports asas dan 12,295 pound (RM65,000) untuk model SuperSports S! Jangan harap nak murah di Malaysia....

Yamaha YZF-R6 2017 Akan Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman?

Yamaha YZF-R6 2017 Akan Di Lancarkan Di INTERMOT Jerman? Mungkin ya kerana dalam beberapa bulan dalam tahun ini, beberapa tanda-tanda bahawa Yamaha telah bersiap sedia untuk melancarkan model Supersports 600cc baru. Dengan Yamaha YZF-R1 telah pun menerima pembaharuan 2 tahun lalu, kini adalah masa untuk Yamaha YZF-R6!

Yamaha YZF-R6 2017

Ini pasti bukan cakap kosong kerana Yamaha sendiri telah menyiarkan video teaser di laman web dan akaun media sosial. Namun video ini sedikit di tapis daripada memberikan terlalu banyak maklumat, dengan kita hanya melihat seorang penunggang di sekitar trek perlumbaan.

Yamaha YZF-R6 2017

Soundtrack video ini di penuhi dengan bunyi deruman mesin multi-silinder, jelas ianya adalah enjin empat silinder, dengan flat plane crankshaft yang sedang di rev dengan cukup tinggi.

Yamaha YZF-R6 2017

Ini memberikan kita petunjuk yang meyakinkan bahawa Yamaha supersport pasti akan di lancarkan pada 4 Oktober, hari pertama di sidang akhbar pameran perdagangan Intermot di Cologne, Jerman.

Yamaha YZF-R6 2017

Jika andaian ini adalah betul, Yamaha tidak memberikan R6 dengan enjin baru engkol Crossplane, seperti R1. Ini kerana kekurangan konfigurasi Crossplane pada Yamaha YZF-R6 2017 akan membuatkan  perbezaan reka bentuk antara R6 dan YZF-R1. Pengeluar akan bergelut untuk menjual supersports 600cc apabila penawaran superbike 1000cc mereka hanya sedikit lebih mahal, tetapi menawarkan lebih kuasa dan teknologi.


Masa akan menentukkan adakah Yamaha YZF-R6 2017 ini akan kembali merampas takhta kelas Supersports dari Kawasaki ZX-6R yang merajai jalanan dan litar kini... INTERMOT pasti akan jadi tumpuan hebat peminat Yamaha dan dunia automotif dua roda pada 4 Oktober ini!

Kawasaki ZX-6R 636 2017 Hadir Dengan Warna Baru

Kawasaki ZX-6R 636 2017 Hadir Dengan Warna Baru yang cukup memukau dan menarik sekaligus memberikan watak yang berbeza dari warna asal tradisi hijau Kawasaki sebelum ini.

2017 Kawasaki ZX-6R 636 Pear Blizzard White / Metallic Gray

Adakah Kawasaki memberi warna livery tetap yang baru untuk tahun 2017 bagi mesin ZX-6R 636 baru ini atau ianya hanya sekadar warna edisi khas terhad? mungkin terhad jika anda melihat warna Kawasaki ZX-6R 636 Pear Blizzard White / Metallic Gray dengan sedikit jalur hijau ini memberikan pendangan eksklusif dan mewah pada bakal pemiliknya.

2017 Kawasaki ZX-6R 636 Pear Blizzard White / Metallic Gray

Gabungan warna yang cukup menarik dan luar dari tradisi Kawasaki, harganya bagi Kawasaki ZX-6R 636 Pear Blizzard White / Metallic Gray masih belum di ketahui tetapi Kawasaki pernah membawa masuk model CBU ZX-6R 636 dengan harga aggaran RM70k sebelum ini. Mungkin anda boleh merisik harga selepas ini di dealer Kawasaki terkenal selepas ini...

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 Di Lancarkan

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 Di Lancarkan - dalam warna hijau dan hitam Kawasaki Racing Team (KRT). Walaupun supersports Kawasaki ini adalah terhad kepada 599cc, streetbike ini di kuasakan oleh enjin sebaris empat silinder 636cc, dan mengikut Kawasaki, tambahan 36cc memberikan Ninja ZX-6R kelebihan yang kecil tetapi penting ke atas persaingan 600cc itu.

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 Di Lancarkan

Rev enjin dan daya tork yang tinggi dengan mudah untuk membuat anda dari berulang-alik di jalanan ke litar lumba, prestasi hebat untuk setiap pelumba. Prestasi meningkat di hasilkan oleh enjin kapasiti yang lebih besar dapat di rasai sepanjang julat rev, yang sentiasa di nantikan untuk perlumbaan, tetapi juga menyediakan significantboost untuk kegunaan harian.

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 Di Lancarkan

Enjin yang lebih besar bermakna pertengahan julat tork yang rendah adalah jauh lebih kuat berbanding motosikal 600cc tradisional. Turut melengkapi Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 termasuk kotak gear jenis kaset enam  kelajuan , slip klac, 3 mod kawalan cengkaman, 2 mod kuasa, ABS, angkup brek Nissin monobloc radial-mount dan cakera brek kelopak 310mm di bahagian hadapan.

Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 Di Lancarkan

Fork depan Showa yang besar, Suspensi jenis Uni-Trak dan panel instrumen LCD. Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition 2016 adalah bernilai $ 12,99! Ini pasti akan membuatkan anda mengeluarkan kos lebih dengan credit card anda untuk aksesori terpilih yang hebat.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015 - MV Agusta telah mengeluarkan gambar rasmi pertama dan spesifikasi MV Agusta F3 RC 800 dan MV Agusta F3 RC 675, kedua-dua mesin edisi terhad, dengan pengeluaran terhad kepada hanya 250 unit dan 100 unit. Ini adalah mesin replika perlumbaan oleh Jules Cluzel dan Lorenzo Zanetti di kejohanan World Supersports Series (WSS).

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015
 
Kedua-dua F3 RC di kuasai oleh enjin 3 silinder sebaris DOHC MV, 4-injap setiap silinder yang mempunyai injap titanium, aci engkol lawan putaran, slipper clutch dan MVICS. Menghasilkan 128 kuasa kuda pada 14,500rpm, manakala F3 RC 800 menghasilkan 148bhp pada 13,000 rpm. F3 RC 675 mampu menghasilkan kelajuan maksimum 260kph udan 270kph untuk F3 RC 800, ini memang mengagumkan.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Kedua-dua model F3 RC di kawal sistem MVICS (Sistem Kawalan Bersepadu Motor & Kenderaan). MVICS mengawal F3 RC dengan ride-by-wire throttle management system, ABS dan kawalan cengkaman 8-tahap. Casis, dengan gabungan tiub keluli jenis berjejari, di gabungkan dengan plat sisi aluminium dan swingarm aluminium tunggal sebelah, yang memberikan ketegaran optimum untuk jalanan. Tugas suspensi di kendalikan oleh fork depan Marzocchi 43mm dan monoshock Sachs di belakang yang boleh di  laras sepenuhnya.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Kuasa brek depan di kawal cakera berkembar 320mm, dicengkam bersama angkup Brembo Radial-Mount monobloc, yang memberikan FC R3 daya kuasa berhenti yang besar. Tayar dari jenis Pirelli Diablo Rosso Corsa bersaiz (120/70-ZR17 di bahagian hadapan dan 180/55-ZR17 di belakang) memberikan jumlah cengkaman yang besar, dan penunggang pakar boleh megambil sudut miring sehingga mencecah siku! itu pun jika di lakukan di trek dan keadaan yang tepat.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Semua 350 unit edisi terhad F3 RC (100 unit untuk 675, 250 unit untuk 800) akan datang dengan plat ketulenan yang disahkan, yang ditandatangani oleh Presiden MV Agusta Presiden, Giovanni Castiglioni. Harga? hanya 15,600 euro untuk F3 RC 675 dan 17,210 euro untuk F3 RC 800. "Terdapat banyak motosikal cantik di dunia, tetapi MV Agusta adalah sesuatu yang lain," menurut kenyataan akhbar dari syarikat yang berpangkalan di Varese.

Edisi Terhad MV Agusta F3 RC 800 dan F3 RC 675 2015

Dan di bawah, merupakan gambar rasmi MV Agusta F3 AMG 'Solar Beam' model yang telah di pamerkan di 66 IAA Frankfurt Motor Show di Jerman bulan ini. Dengan Mercedes-AMG dan MV Agusta mengukuhkan hubungan perkongsian mereka, F3 ini mengambil warna terkini dari Mercedes-AMG GT. Kita lihat apakah persembahan mereka di EICMA Milan bulan depan.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 - Aras Baru Standart Supersports 600cc

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 menetapkan piawaian baru dalam segmen kelas supersports 600cc dan ianya menjadi penanda aras kepada model saingan sekelas dalam persembahan dari segi pemanduan dan pengendalian. Dalam membina platform ZX-6R ABS, edisi 2015 mempunyai sentuhan eksklusif gaya yang unik untuk menjadiknya sebagai permulaan standart baru dalam kelas middleweight sportbike.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 di gerakkan enjin 4 lejang 636 cc, DOHC, sejukan cecair, empat injap setiap silinder, sebaris empat enjin yang memindahkan kuasa untuk roda belakang melalui transmisi enam kelajuan. Di bantu dengan sistem sistem suntikan bahan api digital DFI, kuasa kuat yang terhambur lebih licin pada kuasa maksimum. Antara komponen terbaik lain yang di pasang pada enjin adalah sistem slipper klac kini di datangkan dengan sokongan komponen jenama F.C.C yang terbukti dalam dunia perlumbaan. Unit enjin ini di pasang pada bingkai rangka aluminium spar berkembar yang ringan yang memberi maklum balas pada penunggang yang cukup baik.

Sistem kawalan tunggangan Ninja ZX-6R ABS 2015 juga terbaik dengan sistem Selectable Power Modes memberikan penunggang ZX-6R pilihan untuk memilih antara mod  penghantaran kuasa enjin "full" dan "low" untuk memenuhi keperluan tunggangan. Gabungan sistem kawalan Kawasaki Traction Control (KTRC) memantapkan lagi kawalan Ninja ini dengan 3 mod berbeza yang memberi kawalan terbaik pada setiap putaran roda belakang.

Kawalan berhenti Ninja ZX-6R ABS 2015 juga antara terbaik pernah di pasang pada model 600cc. Sistem brek adalah dari jenis Nissin yang di gabung dengan sistem ABS dari Bosch dan KIBS, sistem multi-sensing, menggunakan input dari pelbagai sumber untuk mengumpulkan data dari setiap tekanan kaliper hidraulik, kedudukan pendikit, kelajuan enjin, menggerakkan klac dan kedudukan gear.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015

Dari segi keseimbangan, Ninja ZX-6R ABS 2015 di lengkapi suspensi Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) dari jenis Showa pada bahagian depan dan sistem suspensi belakang Showa Bottom-Link Uni-Trak yang di tala cukup baik sebagai standart namun penunggang boleh mengubah mengikut setting sendiri.

Bodywork Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 menampilkan rekaan agresif namun lebih aerodinamik sesuai dengan ciri perlumbaanya. Lampu depan adalah dari jenis projektor dan LED belakang adalah ringan dan meter dari jenis skrin LCD sangat terang pelbagai fungsi termasuk KTRC, Power Mode dan Economical Riding (ECO) indicators. Petunjuk fungsi LCD tambahan termasuk meter kelajuan digital, odometer, dual meter perjalanan, jam, purata penggunaan bahan api segera, suhu penyejuk, dan petunjuk syif, aktiviti kawalan cengkaman dan lampu amaran-bahan api yang rendah dan menawarkan penampilan berteknologi tinggi yang moden 

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS 2015 Bagi tahun 2015, Ninja ZX-6R ABS 2015 ini tidak menerima apa-apa kenaikkan taraf utama drastik namun di lihat cukup hebat sebagai standart baru penanda aras model supersports 600cc dan satu-satunya perbezaan adalah bahawa versi standard kini boleh di dapati dalam warna Metallic Gray Matte Karbon / Flat Ebony.

Spesifikasi Kawasaki ZX-6R ABS 2015

EngineFour-stroke, liquid-cooled, DOHC, four valves per cylinder, inline-four
Displacement636cc
Bore x stroke67.0 x 45.1mm
Compression ratio12.9:1
Fuel injectionDFI® with four 38mm Keihin throttle bodies and oval sub-throttles
IgnitionTCBI with digital advance
TransmissionSix-speed
Final drive520 series sealed chain
Rake / trail23.5 degrees / 4.0 in.
Frame typeAluminum perimeter
Front tire120/70 ZR17
Rear tire180/55 ZR17
Wheelbase54.9 in.
Front suspension / wheel travel41mm inverted Showa SFF-BP fork with top-out springs, stepless compression and rebound damping, adjustable spring preload / 4.7 in.
Rear suspension / wheel travelBottom-link Uni-Trak® with gas-charged shock, stepless compression damping adjustment, 25-way adjustable rebound damping, fully adjustable spring preload / 5.3 in.
Front brakesDual 310mm petal rotors with dual radial-mount, Nissin four-piston, monobloc calipers and KIBS ABS
Rear brakeSingle 220mm petal rotor with single-piston caliper and KIBS ABS
Overall length82.1 in.
Overall width27.8 in.
Overall height43.9 in.
Fuel capacity4.5 gal.
Seat height32.7 in.
Curb weight428 lbs.
Color choicesMetallic Matte Carbon Gray / Flat Ebony
Warranty12 Months
Kawasaki Protection Plus12, 24, 36 or 48 months
Price$12,699

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015 - Warna dan Grafik Baru Dengan Slipper Klac

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015 - Warna dan Grafik Baru Dengan Slipper Klac | Kawasaki Jepun secara rasmi telah melancarkan model Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015 dan juga model Non-ABS Special Edition yang di naik taraf bagi memantapkan lagi dominasi Kawasaki dalam segmen pasaran sports 250cc khususnya di pasaran Asia.

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Antara ciri utama perubahan dari model Ninja 250 2014 adalah pengunaan sistem slipper klac yang merupakan ciri standart dari model Ninja 300 untuk model luar negara pasaran 2014 dan telah di pasang ke model Ninja 250 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Tidak syak lagi penggunaan sistem slipper klac akan menjadikan pengendalian Ninja 250 lebih menyeronokkan dengan sistem ABS memberi keyakinan kawalan berhenti dengan lebih kemas. Lain-lain perubahan adalah warna dengan corak grafik baru blue/black, grey/black, white/lime green dan juga sticker khas Ninja 30th Anniversary

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Kawasaki Ninja 250 ABS Special Edition 2015

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 | kesinambungan keunggulan Yamaha berterusan di 2014, merupakan antara model jalanan yang popular di seluruh dunia dan juga Malaysia. Sentiasa mempersembahkan gaya yang menarik. Pengendalian yang mudah dan prestasi cemerlang dalam menyampaikan persembahan unggul dalam setiap keadaan tunggangan.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Yamaha XJ6 SP 2014 di pertingkatkan dari model 2013. Ciri-ciri kerangka ringan berbentuk tiub, sistem suspensi sporty, hendal di reka secara ergonomik dengan gabungan ketinggian tempat duduk yang lebih rendah. Yamaha XJ6 SP mempunyai semua yang diperlukan untuk memberi segala kenikmatan kepada penunggang dengan pengendalian yang lebih mudah dan ketangkasan tunggangan yang memberikan keterujaan pada penunggang.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Nadi utama motosikal serba boleh ini adalah enjin 4 silinder 600cc DOHC, sejukan cecair dan suntikan bahan api . Enjin 4 silinder condong dengan 4 injap setiap silinder itu mampu menghamburkan kuasa maksimum  57.0 KW (77.5PS) pada 10,000 rpm dan 59.7 Nm (6.1 Kg-M) pada 8,000 rpm dan penghantaran kuasa adalah dengan cara yang tetap jaringan enam gear kelajuan.

Yamaha XJ6 SP 2014 - Kesinambungan Keunggulan Yamaha

Dan untuk melengkapkan pakej model XJ6 SP ini turut di lengkapi dengan brek dwi cakera depan dan sisi panel baru lebih anggun, serta pelindung muffler dan dan tangki bahan api 17 liter yang mampu menampung untuk jarak perjalanan jauh. Tidak di nafikan Yamaha XJ6 SP 2014 adalah mampu sebagai model aktiviti harian anda.