Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand. Sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand setiap hari, terutama di hujung minggu tapi paling ketara adalah kumpulan motosikal yang berkonvoi ke sana, malah ada yang pergi setiap hujung minggu. Mungkin hendak melawat masjid atau pantai yang menarik di sana.

Johari Osman, berusia 48 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Beliau kini menetap di Satun bersama isterinya, Karlisa Latisya dan anak mereka Harris Mikael.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Bekerja sebagai agen pelancongan sendiri, Johari telah berkongsi mengenai tip penting melancong di Thailand yang bukan saja panduan penting untuk yang berkonvoi motorsikal tetapi juga yang pergi secara travel berkereta atau menaiki flight.


12 Tip Penting Bila Menunggang Di Thailand


1. Patuhi Undang-Undang


Undang-undang trafik di Thailand lebih kurang sama dengan di Malaysia, seperti mematuhi lampu isyarat, tidak memotong di laluan kecemasan dan mengikuti halaju yang di benarkan. Perlu juga ingat 90 peratus dari penunggang motosikal di kawasan selatan ini tidak ada lesen dan tidak tahu undang-undang. Oleh itu, pandu atau tunggang dengan perlahan!

2. Jangan Mencucuk!


Jangan ekori kenderaan Thailand dengan rapat kerana mereka membelok tanpa memberi isyarat.

3. Jaga Halaju


Jangan memandu kereta sewa atau menunggang dengan laju kerana anda tidak tahu risiko jalanraya di sini. Ramai yang keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan atau membuat U-turn dari celah-celah semak.


4. Jika Berkonvoi, Buka Lampu Hadapan


Jika anda berkonvoi motorsikal atau kereta, buka lampu hadapan dan jangan membawa terlalu laju. Jika ada kenderaan Thailand mahu mencelah, biarkan kerana kita kena hormati mereka di tanah air mereka sendiri.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

5. Pandu Di Laluan Kanan


Tip ini bercanggah dengan undang-undang trafik tetapi di wilayah selatan, terutama di kawasan kampung, kenderaan tempatan banyak keluar dari simpang tanpa melihat. Untuk mengelakkan kejadian buruk, pandu di laluan kanan tetapi beri jalan sekiranya ada kenderaan laju dari belakang.

Walaupun kita memandu dengan sebaik mungkin, risiko kemalangan tetap wujud. Sekiranya berlaku kemalangan (harap di jauhkan) di Thailand, ini ialah nasihat yang diberikan oleh Johari.

6. Beli Insurans Lengkap, Bukan Yang Murah!


Ramai yang membeli insurans murah bila mahu masuk ke Thailand, dan semuanya tidak tahu apa yang di lindungi. Insurans dengan harga RM15 ke RM18 untuk seminggu itu sebenarnya hanya sekadar syarat sah untuk melepasi sempadan.

Beli insurans tambahan yang melindungi kenderaan anda, kenderaan dan orang yang anda langgar serta insurans PA untuk penumpang dan diri anda kerana kos hospital sangat mahal untuk pelancong asing di Thailand.

Sebab itu penting jika ada Medikal Kad kerana secara tak langsung boleh di gunakan sekiranya kecemasan dan boleh claim semula kos di Malaysia.

7. Gantung Kad Info Diri


Jika menunggang atau memandu secara solo, pastikan kita ada kad info yang digantung pada leher atau diletakkan di dalam kenderaan kita.

Di sini, Johari berkata anda boleh menulis nombor telefon beliau (HP: +666 2972 8939) untuk dihubungi dalam keadaan kecemasan kerana beliau fasih berbahasa Thai.

Johari juga sarankan kepada mereka yang sering menunggang di sana, masuk Faceook kumpulan Adventuring  kerana di sana ramai yang berkongsi info  dan ramai admin FB itu menetap di Thailand.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

8. Hubungi Rakan Yang Boleh Berbahasa Siam


Sekiranya kemalangan hubungi mereka secepat mungkin dan juga syarikat insurans anda.

9. Buat Laporan Polis


Selalunya pihak polis mahu selesaikan kes dengan segera. Sekiranya bayaran diminta, minta resit. Rasuah memang berleluasa, jadi anda perlu pandai mengawal keadaan supaya tidak menjadi mangsa, walaupun anda di pihak yang benar kerana di sana, orang luar sering dianggap bersalah.

Tip-tip lain yang diberikan oleh Johari ini juga menarik perhatian kami dan pastinya akan berguna bila ke sana nanti.

10. Jenis Bahan Api Di Thailand


Di sana, petrol disebut benzin, diesel dipanggil solar (kadang-kadang disebut “soha”). Petrol E20 lebih sesuai untuk enjin dengan suntikan bahan api (tetapi baik periksa buku manual kereta anda untuk kepastian) sementara petrol RON91, 95 dan ke atas sesuai untuk semua jenis kenderaan (kecuali jika enjin anda perlukan minyak dengan RON tinggi).


11. Makanan Halal


Di wilayah selatan, cari stesen minyak PTT kerana ia ada kedai 7-Eleven dan Amazon Cafe. Cari makanan dengan logo halal di kedai-kedai 7-Eleven. Namun begitu, jangan beli burger atau sosej atau nasi dalam pek kerana definisi halal pada mereka lebih kepada “tiada babi”

Ketuhar mikro (microwave oven) yang digunakan dikongsi dengan makanan dengan isi daging babi, oleh itu jangan di gunakan. Di kafe Amazon, anda hanya boleh minum kopi dan kek sahaja kerana yang lain tidak halal.


12. Ke Krabi Atau Phuket?


Jika anda mahu ke sana, gunakan pintu masuk Wang Kelian kerana ia lebih mudah dan tidak perlu beratur panjang. Ikut Wang kelian, ke Wang Prachan, kemudian ke Chalung, Langu, Thungwa, Trang (Pailan) dan anda akan tiba ke Krabi. Ke atas lagi, Phuket.

Waktu balik, anda boleh ikut Bukit Kayu Hitam pula. Ini bermakna laluan anda ialah Krabi – Trang – Phatalung, Songkhla (Hatyai) – Sadao dan Dannok.

Tips Melancong Dan Konvoi Motorsikal Ke Thailand

Kekeliruan nama-nama tempat di Thailand


Ramai yang keliru dengan nama-nama tempat di Thailand. Di sini ada wilayah (province), daerah dan bandar. Contohnya bandar Hatyai berada di dalam wilayah Songkhla. Bandar Songkhla berada di wilayah Songkhla. Sadao dan Dannok berada di dalam wilayah Songkhla. Trang dan Krabi juga adalah nama-nama wilayah.

Tak apa, jangan pening. Orang Thailand tahu ke mana kita mahu pergi kerana destinasi pelancongan sangat popular di sana. Johari banyak menawarkan perkhidmatan pelancongan di wilayah Satun. Anda boleh hubungi Johari untuk menempah bilik di Pak Bara, tiket feri ke Koh Lipe dan pelbagai lagi aktiviti pelancongan di wilayah Satun.

Johari juga sedang dalam usaha untuk memperkenalkan kembali Bahasa Malaysia di wilayah selatan Thailand. Wilayah tersebut memang menggunakan Bahasa Malaysia dari awalnya tetapi penggunaan tersebut makin pudar. Aktivis Bahasa Malaysia ini juga sering membuat kerja amal dengan menyalurkan derma-derma dari rakyat Malaysia kepada penduduk wilayah Satun yang daif.

Sekiranya anda ingin menghubungi Johari atau ingin menyumbangkan dana untuk projek-projek kemasyarakatan penduduk Muslim di sana, hubungi beliau di info di bawah.

  • Nama: Johari Osman
  • Nama gelaran: Cikgu Joe Malaysia
  • Nombor telefon: +666 2972 8939
  • Bank: Bangkok Bank
  • Nama pemegang akaun: Wanniya Haura
  • Nombor akaun: 455-0-47542-2
  • Cawangan bank: Langu
  • Email: karlisahalim@gmail.com
  • Alamat beliau: Cikgu Malaysia, 183, M5 , T Ban Khuan , A Mueng Satun , 91140, Thailand.

Di harapkan agar anda yang berminat menunggang di sana boleh hubungi Johari jika bercadang untuk bercuti di wilayah Satun kerana beliau boleh menguruskan penginapan dan makanan halal untuk ahli konvoi atau keluarga anda.

Selain itu di harap agar sesiapa yang mampu memberikan sumbangan untuk tabung bantuan beliau dan juga untuk menyokong aktiviti memperkembangkan Bahasa Malaysia agar kembali bertapak di wilayah selatan Thailand.

Ingat, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum. Masuk negara orang, hormati orang di sana dan jaga nama agama dan negara kita.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Panduan pemakaian keselamatan untuk penunggang motorsikal | Salah satu eleman penting (dan perkara yang sangat mudah terlepas pandang) dalam aspek bermotosikal adalah motorcycle safety gear atau pemakaian keselamatan. Walaupun safety gear boleh menjadi rumit, janggal, dan mengganggu pada sesetengah penunggang, ianya merupakan faktor penting yang akan melindungi anda dari risiko kemalangan yang lebih teruk pada fizikal.

Bayangkan anda mengelongsor di aspal pada kelajuan 100kmj dengan hanya memakai seluar pendek dan t-shirt? Bermula dari kepala ke kaki, berikut merupakan peralatan keselamatan utama yang harus anda jadikan keutamaan sebelum mula menunggang.

Helmet (Topi Keledar)

Menarik pepatah ini yang berbunyi "If you've got a $20 head, buy yourself a $20 helmet" atau untuk lebih pemahaman, topi keledar yang mempunyai kelulusan DOT, Snell, ADR atau Sirim di Malaysia mempunyai piawaian keselamatan dan memberi perlindungan yang lebih tinggi untuk kepala anda. Topi keledar yang bagus bukan sahaja mampu melindungi tengkorak anda tapi juga menawarkan perlindungan dari bunyi dan rintangan angin.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Eye Protection (Perlindungan Mata)

Perlindungan mata bukan sahaja untuk membias angin daripada membuat mata anda berair, ianya juga berfungsi menepis segala sampah dan seranggan yang berterbangan dari memasuki ke mata anda. Visor pada topi keledar menawarkan perlindungan mata, tetapi kebiasaan penunggang memilih untuk memakai pelindung mata berasingan supaya mereka boleh menikmati medan berwarna penglihatan yang berbeza apabila hari mulai bertukar waktu.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Ear Protection (Perlindungan Telinga)

Penyumbat telinga adalah peralatan keselamatan? Benar! Bunyi yang terhasil dari tunggangan ekstrem pada kelajuan lebuhraya akan sangat mengangu telinga anda, dan pendengaran anda boleh mengalami kerosakan selepas pendedahan bunyi yang kuat berulang kali. Seharusnya di praktikkan oleh semua penunggang motorsikal berkuasa besar di Malaysia.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Jackets (Jaket Perlindungan)

Pelbagai jenis jaket boleh didapati, yang menawarkan pelbagai pilihan ketika untuk perlindungan pada bahagian atas badan. Jaket keselamatan yang bagus bukan sahaja mampu memberi perlindungan yang baik untuk mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk, malah mempunyai pengudaraan yang baik melepaskan haba untuk lebih selesa, di samping memberi gaya dan imej ekslusif pada si penunggang.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Gloves (Sarung Tangan)

Refleks semulajadi manusia, apabila terjatuh tangan secara semulajadi akan menahan badan dari jatuh terhempas, menjadikan tangan terutama tapak tangan berisiko tinggi menerima kecederaan teruk. Di sini pentingnya sarung tangan atau gloves melindungi tapak tangan yang lembut selain dari tulang jari, pergelangan tangan dan nadi menerima impak kecederaan yang lebih mengerikan.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Pants (Seluar)

Sangat sedikit sekali majoriti penunggang di Malaysia mengambil perhatian mengenai pants sebagai elemen asas safety gear, namun pemilihan jeans sebagai keutamaan boleh di katakan alternatif yang agak bagus juga kerana lasak dan fleksibel pelbagai situasi namun ianya tidak sebagus pants khas yang di khususkan untuk menunggang yang mampu memberikan perlindungan yang lebih dari risiko kecederaan lebih teruk. Pants seharusnya keutamaan dalam trend motorsikal terkini kerana ianya tambahan sebagai gaya imej bermotorsikal anda.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal


Boots (Kasut Keselamatan)

Dari tunggangan motocross, litar dan gaya tunggang cruiser tradisional, terdapat banyak cara untuk melindungi kaki anda. Jangan memandang rendah kerana buku lali anda yang tidak di lindungi dengan kasut yang betul akan boleh membuatkan lutut anda tidak dapat di luruskan apabila tercedera. Kasut seharusnya perkara keutamaan.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Neck Protection (Perlindungan Leher, Offroad)

Walaupun di peringkat awal, alat sokongan leher menawarkan pengurangan kecederaan tulang belakang yang teruk impak dari kejatuhan teruk. Ujian dalam keadaan jalan raya kurang berjaya daripada aplikasi situasi offroad, Namun kini trend semasa mungkin pengunaannya akan semakin meluas.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Elbow, Shin, Knee Guard (Perlindungan siku, tulang keting dan lutut, Offroad)

Biasanya di pakai di bawah lapisa jersi semasa menunggang offroad, melindungi bahagian badan yang penting seperti siku, tulang kering, lutut. juga boleh di kombinasikan dengan pemakaian biasa untuk jalanraya biasa (seperti seluar jeans Kevlar bertetulang), walaupun ianya tidak menawarkan perlindungan yang menyeluruh.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal

Roost Deflector/Chest Guard (Pelindung Dada, Offroad)

Alat-alat ini selalunya di perbuat daripada plastik yang ringan dan memberi kesan rintangan yang agak baik di kawasan dada.

Panduan Pemakaian Keselamatan Untuk Penunggang Motorsikal
Sumber

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Baru Di Malaysia

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Baru Di Malaysia | Sejak kebelakangan ini kemalangan melibatkan penunggang motorsikal berkuasa besar sentiasa di laporkan di media massa. Tidak di nafikan faktor alam seperti cuaca dan jalanraya antara punca kemalangan, namun di Malaysia, kecuaian penunggang motorsikal terutama penunggang baru boleh di katakan faktor utama kemalangan.

Ya, sebagai penunggang baru kita mungkin memiliki kemampuan membeli motorsikal berkuasa besar yang di idamkan, tapi adakah kita menyedari had kemampuan diri sendiri sebelum berbangga di atas motorsikal yang mungkin boleh membawa maut pada diri kita?

Jadi penting untuk kita menunggang motorsikal dalam kategori yang sesuai dengan keupayaan diri di samping memahami dan mempelajari selok belok teknikal sebuah jentera sebelum beralih ke kapasiti lebih besar.

Berikut adalah 7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia yang mampu memberi keseronokkan tanpa mengancam kesejahteraan anda ( namun segalanya bergantung pada kawalan anda ).

1. Kawsaki Ninja 250 SE

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, dua silinder selari DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda sukakan gaya yang sporty dan rekaan terkini, ini adalah satu permulaan yang sempurna. Ninja 250 adalah tepat untuk anda belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul. Platform terbaik untuk anda ke menaik taraf seterusnya.

2. Honda CBR 250 R

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 249cc
Enjin: 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api.
Transmisi: 6-kelajuan

Merupakan versi baru CBR 250 4 silinder yang sangat popular dahulu, CBR 250 R adalah jawapan Honda kepada Ninja 250. Model yang ringgan dan ramping sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasai tork dari legasi CBR Fireblade.

3. KTM Duke 200

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 200cc
Enjin: 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6-kelajuan

Jika anda mahukan gaya Eropah dan multi-purpose. KTM Duke 200 jawapanya, lengkap dengan komponen terbaik seperti WP dan ABS, ini adalah model yang ringan, lincah dan penuh gaya. KTM CKD Malaysia juga turut memasang model Duke 390 dan Duke 650 sebagai tambahan pilihan pada peminatnya.

4. Kawasaki Z250

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, sejukan cecair, suntikan bahan api
Transmisi: 6 kelajuan

Di asaskan dari model Ninja 250, Z250 merupakan streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000 dan Z800 yang agresif, gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih urban.

5. Ducati Monster 696

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 696cc
Enjin: L-Twin, 4 lejang 2 injap Desmo sejukan udara, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 6 kelajuan

Ducati, jenama Itali yang tak perlu di ragui kehebatanya, walaupun merupakan model terkecil Ducati dan sedikit besar dari model pilihan yang lain, kuasanya masih mampu di kawal dengan gaya yang pasti memukau mata di mana sahaja bagi yang mahukan gaya mewah, tetapi agak sedikit mahal.

6. Naza Blade 250R EFI

7 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Bagi Penunggang Di Malaysia

Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang 75 V-Twin 8 injap DOHC, sejukan minyak, suntikan bahan api elektronik
Transmisi: 5 kelajuan

Boleh di katakan sebagai pesaing terdekat Honda dan Kawasaki dalam kelas 250, namun menawarkan harga yang lebih berpatutan. Juga tersedia dalam 650cc, mengunakan enjin yang di asas dari model Suzuki SV, Blade 250 tetap ada gaya tersendiri di samping kuasa dan penjimatan ekonomi.

7. Kawasaki VN II 250


Sesaran: 250cc
Enjin: 4 lejang V-2 silinder DOHC 8 injap, sejukan cecair
Transmisi: 6 kelajuan

Sports-Cruiser terkecil dalam kelasnya dan juga dari Kawasaki, menawarkan keselesaan dan kemudahan pengendalian dengan kuasa tork yang cukup hebat untuk sebuah cruiser sekecil ini. Untuk peminat cruiser yang mahukan model permulaan, ini adalah model untuk anda patut miliki dan pelajari.

Anda Memiliki Superbike? 9 Tips Untuk Menunggang Superbike Dengan Selamat

Anda Memiliki Superbike? 9 Tips Untuk Menunggang Superbike Dengan Selamat | Apa itu superbike? Superbike adalah motosikal moden yang di cipta dalam reka bentuk bergaya dengan enjin berkuasa untuk kelajuan dan pecutan pantas. Tidak seperti motosikal biasa, superbike tidak hanya di gunakan untuk berulang-alik tetapi juga sebagai medium pengalaman menunggang yang lebih baik dan memberikan pengalaman yang jauh lebih hebat dari motorsikal biasa. 

Pengendalian superbike memerlukan latihan berterusan, kerana ia adalah berbeza daripada pengendalian motorsikal biasa. Radius membelok lebih besar dan lebih sukar untuk bergerak dan mengawal pada kelajuan yang rendah, terutamanya di kawasan sesak. Pada pusingan U, langkah berjaga-jaga sangat penting dan apabila kelajuan melebihi 40 kmsj, superbike sangat hebat di tunggang.

tips menunggang superbike

Tidak di nafikan menunggang superbike memang hebat, tetapi jangan lupa kelajuan boleh mengkhayalkan anda dari memikirkan soal keselamatan dan sejak kebelakangan ini kemalangan melibatkan penunggang superbike di Malaysia agak membimbangkan, melihat kepada trend itu, berikut adalah 9 tips menunggang superbike dengan selamat terutama pada penunggang baru.

 

9 tips menunggang superbike dengan selamat


1. Konsentrasi & Tumpuan

Superbike menuntut tumpuan besar daripada penunggang kerana Superbike mampu mencapai kelajuan yang sangat tinggi dalam masa beberapa beberapa saat. Oleh itu, tumpuan adalah penting untuk mengelakkan sebarang kemalangan jalan raya.

2. Pakain Keselamatan / Riding Gear

Adalah penting untuk memakai pakaian keselamatan atau Riding Gear sebelum menunggang superbike. Riding Gear di perlukan bukan sahaja untuk melindungi semasa menunggang tapi juga semasa berlaku kemalangan. 

Kelajuan yang diperoleh oleh Superbike adalah tinggi dan pada kelajuan tinggi serpihan batu, kayu dan zarah lain dari jalan raya boleh terbang dan terkena pada penunggang dan pada Superbike. Walaupun kecil tetapi risiko tetap tinggi. Seperti kata bekas juara dunia Mick Doohan " Not wearing right gear is like wearing nothing ".


3. Pembelajaran & Pengalaman

Sebelum menunggang superbike, penting untuk anda bermula dengan motorsikal yang berkuasa lebih rendah. Ini akan membantu anda mengumpul pengalaman dan kemahiran untuk menunggang superbike yang lebih berkuasa.

Juga belajar tentang superbike ini dari mereka yang lebih terdahulu berpengalaman, menonton acara motorsikal, dan juga sentiasa berinteraksi bertukar pandangan. Pengetahuan ini akan sangat membantu untuk menunggang dengan lebih yakin.


4. Belajar Menunggang Dengan Lancar

Tunggangan yang lancar adalah apa yang orang mahu dari superbike selain dari keseronokkan. Segalanya tentang pengalaman menunggang yang lebih baik. Di nasihatkan menukar gear dengan lebih lancar dan kawalan brek lebih tepat.

Pecutan dan nyahpecutan yang mendadak secara mengejut boleh menyebabkan superbike tergelincir dan mengakibatkan kemalangan besar.


5. Berhati-Hati Di Mana Sahaja Anda Menunggang

Menunggang superbike di kawasan aliran traffik yang sibuk bukanlah perkara mudah. Superbike boleh membrek dan berhenti lebih baik untuk mengelak dari kenderaan lain yang sentiasa berhenti secara mengejut.

Ini kerana kenderaan lain tidak boleh berhenti secepat superbike, dan risiko terjadi kemalangan di waktu aliran trafik sibuk adalah sangat tinggi, dan ini menuntut tumpuan tunggang yang tinggi.


6. Penyelenggaraan Superbike Secara Berkala

Pastikan superbike sentiasa dalam keadaan baik. Sentiasa periksa supaya tidak terdapat mana-mana komponen superbike yang longgar atau rosak, seperti tayar, rantai, mentol lampu, brek dan lain-lain yang boleh mengangu kelancaran semasa menunggang.

Anda di nasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan superbike setiap kali ingin memulakan perjalanan.

7. Bahan Api Yang Bagus

Komponen superbike adalah sangat mahal dan perlu di jaga. Pastikan bahan api/petrol yang anda gunakan dari kualiti yang terbaik seperti Ron97. Pastikan juga cecair penyejuk/coolant dan minyak enjin sentiasa mencukupi. Penggunaan bahan api yang tidak betul boleh merosakkan enjin superbike.

Manfaatkan pengunaan buku log untuk mencatatkan perjalanan superbike anda, buku log bukan sahaja untuk mengetahui bagaimana mahal penyelenggaraan superbike, tetapi juga membantu mengetahui keadaan enjin. Enjin supebike yang berfungsi dengan baik akan menggunakan bahan api yang lebih rendah. 


8. Sentiasa Hidupkan Lampu "Low Beam"

Lebih baik menghidupkan lampu rendah supebike anda walaupun pada waktu siang. Ia membantu pemandu kenderaan-kenderaan sedar kewujudan superbike anda terutama di kawasan trafik yang sesak. 


9. Perlahan Apabila Di Perlukan

Ingat bukan semua pengguna jalanraya menunggang superbike. Oleh itu, mereka akan bergerak pada kelajuan tertentu. Di kawasan yang sesak atau kawasan tumpuan orang ramai, sentiasa perlahankan superbike anda supaya anda dapat bersama pengguna jalanraya yang lain melancarkan perjalanan. 

Note: Jika anda merasa maklumat ini berguna sila berkongsi pada rakan-rakan. Jika anda mempunyai maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk menunggang superbike dengan selamat, sila berkongsi di ruangan komen di bawah.

Tips Menunggang Motorsikal - Langkah Pertama Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang

Tips Menunggang Motorsikal - Langkah Pertama Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang | Motorsikal sememangnya sebahagian elemen dalam kehidupan rakyat Malaysia. Faktor keseronokkan, penjimatan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan membuatkan motorsikal sentiasa menjadi keutamaan.

Namun realitinya penunggang motorsikal lebih berisiko maut dalam kemalangan berbanding kenderaan lain. Berikut adalah tips yang perlu anda tahu sebelum meunggang motorsikal.

Tips Menunggang Motorsikal

1. DAPATKAN LESEN MENUNGGANG

Tidak ada alasan untuk tidak memiliki lesen menunggang yang sah jika ingin menunggang di jalan raya. Setelah anda mengambil kursus teori dan praktikal, mempelajari perkara asas. Anda boleh mengambil ujian untuk melayakkan anda memiliki lesen sah.

Jenis lesen seperti kelas B full untuk motorsikal melebihi 500sp, kelas B1 bagi motorsikal melebihi 500sp, kelas B2 bagi motorsikal tidak melebihi 250sp dan kelas C bagi motorsikal 3 roda.

2. BELAJAR PERATURAN JALAN RAYA

Undang-undang jalan raya untuk motosikal sedikit berbeza dari kenderaan lain. Adalah sangat penting bagi penunggang terutama yang baru belajar, memahami jenis-jenis papan tanda arahan yang memberi maksud tertentu tentang situasi keadaan jalan raya dan arah tuju.

Tips Menunggang Motorsikal

3. KURSUS LATIHAN MENUNGGANG

Tidak rugi untuk anda mengambil kursus latihan tambahan. Sama ada mengambil inisiatif dengan belajar sendiri di tempat lapang atau mengambil kelas.

Kemahiran yang anda akan belajar akan kekal seumur hidup, mendidik anda menjadi penunggang yang lebih cekap dan berdisplin.

4. PILIH MOTORSIKAL YANG SESUAI

Adakah anda mempertimbangkan untuk membeli motorsikal pertama anda? Faktor utama yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih motorsikal adalah jenis motorsikal yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan skills anda.

Pastikan kedua kaki anda mampu memijak tanah dan kedua tangan anda selesa memegang bar handle. Selain itu faktor berat dan kuasa sesebuah motorsikal juga memainkan peranan.

Tips Menunggang Motorsikal

5. PAKAIAN KESELAMATAN

Motosikal adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi, dan paling berisiko adalah mereka yang baru belajar menunggang. Melindungi diri anda dengan peralatan keselamatan yang betul seperti topi keledar fullface, adalah cara yang mudah untuk mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk.

6. MULAKAN DENGAN PERLAHAN

Sebagai penunggang baru, anda kemungkinan besar untuk melakukan kesilapan berbahaya. Bertenang, tenangkan diri dan belajar pada kadar yang anda mampu.

Menunggang motosikal adalah satu kemahiran yang di perolehi dengan latihan berterusan. Dan paling penting, anda fahamkan dan praktikkan dengan betul apa yang telah pelajari.

Tips Menunggang Motorsikal