Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc?

Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc? Berita baik untuk para peminat Kawasaki khususnya, jika kita ingat kembali dekad 90an dahulu, pengeluar gergasi dunia juga bersaing menghasilkan sportbike kecil dengan enjin 4 silinder berkapasiti 250cc - 400cc. Anda pasti tak lupa bagaimana hebatnya model Kawasaki ZXR 250/400 dan Honda CBR 250/400 waktu itu.

Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc?

Menurut sumber dari Indonesia iaitu TMC Blog, Kawasaki sedang dalam proses menghasilkan enjin 4 silinder 250cc dan dengan bukti bergambar di sertakan, kita dapat meneka yang model Kawasaki 250cc terbaru berkemungkinan bakal kembali ke pasaran pada 2015.

Dengan pasaran model 250cc yang semakin berkembang pesat di Asean sekarang. Kita dapat melihat persaingan yang cukup sengit dari pengeluar Jepun dan Eropah seperti Yamaha dengan model R25, Honda dengan CBR, KTM dengan model Duke dan tidak terkecuali pengeluar tempatan NAZA dengan model Blade.

Walaupun Kawasaki nampak kukuh dengan model Ninja dan terbaru model 1 silinder 250cc Ninja SL, di dorong dengan saingan lawan yang kuat seperti Yamaha, Kawasaki di lihat bertindak balas dengan cukup pantas untuk terus kekal sebagai dominon dalam kelas 250cc.

Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc?

Kawasaki nampaknya sudah bersedia untuk memasuki ruang kelas model 4 silinder 250cc, ianya akan menjadi menarik untuk kita lihat sejauh mana pengeluar lain bertindak hasil dari Kawasaki dan apa manfaat yang bakal di peroleh kita yang menilai pasaran 250cc khususnya di Asean.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

11 comments

whoa... ini berita sangat baik... hahah

yup, demam sports 250 mula melanda di sebalik H1N1

dah muak tunggu nak masuk malaysia .. lgi2 model yamaha .. pastu dah masuk semua mahal... http://www.mudah.my/Oakley+Frogskin+Velentino+Rossi+Signature+Series-28258269.htm

Macam mana tak muak tunggu sebab di Asean, Malaysia adalah 3rd market selepas Indonesia dan Thailand apabila sesuatu model baru di keluarkan.

Tax mhl sgt mslhnya..klo x setakat 1000cc xda hal la..

Mungkin Kawasaki bakal jadikan sebagai CKD

menunggu pengganti model suzuki rgf-r 250 huhu..terbaik

harap zxr250 D dikeluarkan...mesti 4inline...saya masih ada zxr250c bunyi sangat best....berdesup....

kalau keluar yg baru ni macam dah kurang 15k max rpm.. T_T


EmoticonEmoticon